Kanser Payu Dara: Apa Yang Harus Diketahui Oleh Setiap Wanita Muda Yang Sihat Dan Yang Tidak Ditimpai Kanser Payu Dara

· Oak Publication Sdn Bhd
Ebook
40
Pages

About this ebook

Kanser payu dara merupakan kanser paling biasa menimpai kaum wanita. Menurut perangkaan daripada National Cancer Institute di bawah kategori 'yang selalu mengalaminya,' satu orang daripada setiap lapan orang wanita menghadapi risiko kanser payu dara dalam hayat mereka. Ini bukan sebuah buku untuk menakut-nakutkan anda tetapi ia bertujuan untuk melengkapi anda dengan pengetahuan yang diperlukan agar anda dapat menumpaskan kanser payu dara sebelum ia dapat menyerang anda. Kanser payu dara boleh dipulihkan sekiranya ia dapat dikesan pada peringkat awal. Sememangnya, pengesanan awal adalah hebat sekali, tetapi bagi saya adalah lebih baik jika kita menumpukan masa dan usaha untuk mencari jalan mencegahnya. Apa yang paling mencemaskan pada hari ini ialah golongan yang menderita kanser payu dara menjadi semakin muda. Lapan puluh hingga sembilan puluh peratus daripada semua kanser payu dara merupakan akibat daripada perkara-perkara yang kita lakukan terhadap diri kita sendiri. Musuhnya ialah kita sendiri. Perang menentang kanser payu dara merupakan suatu peperangan yang boleh dimenangi. Kita perlu hanya mengubah muslihat kita, iaitu daripada mencari penyembuhan melalui “peluru ajaib” kita sebaliknya harus berusaha secara agresif untuk mencari pencegahan, dan inilah yang menjadi fokus buku ini. Saya percaya bahawa mengelakkan karsinogen yang diketahui, melakukan senaman secara regular dan mencukupi, memakan diet yang betul dan, sekiranya perlu, menambahkan diet anda itu dengan nutrien-nutrien yang betul, dan mewujudkan kehidupan yang ceria dan bebas daripada segala tekanan tanpa memikul sebarang beban emosi, akan membantu memperkuatkan sistem imun anda, iaitu mekanisme pertahanan badan anda untuk menentang segala penyakit. “Kanser merupakan sejenis penyakit sistem imun. Ataupun dengan lebih tepat, ia merupakan suatu penyakit akibat kelemahan sistem imun. Kekuatan imun anda mesti menurun ke paras yang sangat rendah sebelum kanser dapat bertapak, dan apabila ia menurun ke paras yang amat rendah dan amat lemah, maka sel-sel kanser mula menular. Badan anda tidak ada pertahanan untuk menentangnya, atau walaupun terdapat pertahanan-pertahanan kecil yang masih wujud, ia tidak mencukupi,” ujar Virginia Livingston-Wheeler, M.D., pengerang The Conquest of Cancer. Beliau selanjutnya berkata, “Keupayaan sistem imun anda untuk mencegah kanser dengan jayanya, secara langsung bergantung kepada keadaan nutrisi anda.”

About the author

Pengajian pasca ijazah Dr. Bruce Miller di New York Universitytermasuk penyelidikan berpusatkan klinikal dan pemakananyang menumpukan kepada masalah-masalah pemakanangolongan tua.Dr. Miller ialah seorang ahli Institut Sains dan PerubatanLinus Pauling, ahli piagam Pusat Aerobik Dr. KennethC o o p e r , a h l i A k a d e m i P e r u b a t a n P e n c e g a h a nAntarabangsa, Kolej Nutrisi Kegunaan Antarabangsa,pengasas Pusat Analisis Diet, di samping menjadi pakarperunding kepada Persatuan Larian dan Keafiatan Amerika.Dr. Miller juga merupakan seorang Pakar Pemakananyang Bertauliah dan Ahli Kolej Nutrisi Amerika. Kini Dr. Millermenjadi Pengarah Penyelidikan Akademi Nutrisis Amerika.Dr. Miller tinggal di Dallas bersama isterinya, Jody, yangbeliau kahwini sejak lebih dari 40 tahun dahulu.

Rate this ebook

Tell us what you think.

Reading information

Smartphones and tablets
Install the Google Play Books app for Android and iPad/iPhone. It syncs automatically with your account and allows you to read online or offline wherever you are.
Laptops and computers
You can listen to audiobooks purchased on Google Play using your computer's web browser.
eReaders and other devices
To read on e-ink devices like Kobo eReaders, you'll need to download a file and transfer it to your device. Follow the detailed Help Center instructions to transfer the files to supported eReaders.