Pelayar Opera dengan VPN percuma

3,057,825
Mengandungi Iklan

Pelayar Opera adalah pelayar web yang cepat dan pantas untuk peranti Android anda, memaparkan suapan berita disuaikan, penyekat iklan dibina dalam dan VPN percuma.

★ Ciri utama ★

● Menyekat iklan untuk pelayaran lebih pantas:
Penyekat iklan natif Opera membantu anda menyingkirkan iklan mengganggu dan memuatkan halaman anda dengan lebih pantas untuk kelancaran pengalaman pelayaran.

● VPN percuma, tanpa had dan dibina dalam:
Tingkatkan privasi dan sekuriti anda dengan VPN dibina dalam dan percuma. Hidupkan VPN Opera dalam mod peribadi dan alamat IP anda akan digantikan dengan alamat maya untuk membantu anda mengelakkan perkongsian maklumat lokasi dan identifikasi yang tidak diingini.

● Suapan berita diperibadikan:
Dikuasakan oleh enjin berita AI pintar kami, suapan berita segar membolehkan anda melihat pilihan saluran berita diperibadikan dalam pelayar, melanggan topik kegemaran anda, dan simpan cerita untuk dibaca kemudian. Ikuti berita yang dikendalikan AI khusus disesuaikan untuk minat anda.

● Mod malam:
Mod malam Opera menyediakan anda pilihan pencahayaan boleh laras untuk mendapatkan pengalaman membaca yang paling selesa dalam kegelapan dan keselesaan untuk mata. Mod malam mudah diakses daripada menu utama.

● Urus kata laluan dan auto isi kad kredit:
Pilih masuk untuk smenyimpan kata laluan secara automatik mengikut tapak dan dengan selamat auto isi maklumat pembayaran anda untuk pembelian dalam talian.

● Pelayaran peribadi:
Gunakan tab peribadi untuk menjadi tidak dikenali di mana sahaja di internet tanpa meninggalkan jejak pada peranti anda. Dengan mudah tukar antara pelayaran peribadi dan normal dalam galeri tab.

● Baca dengan selesa pada apa-apa skrin:
Pelayar Opera mempunyai tetapan saiz teks yang membantu anda menyesuaikan halaman mengikut cara pembacaan yang anda mahu. Apa yang pentingnya, ia berfungsi dengan baik bersama ciri balutan teks automatik kami untuk pengalaman membaca yang sukar ditandingi.

● Urus muat turun dengan mudah:
Pengurus muat turun baharu kami menjadikan muat turun fail lebih mudah dan pantas berbanding sebelumnya! Anda boleh dengan mudah mengisih dan berkongsi setiap item yang dimuat turun, hapuskannya daripada telefon atau keluarkannya daripada senarai muat turun anda dengan leretan cepat ke sebelah kanan atau kiri. Kami juga menyokong muat turun latar belakang ketika anda sedang memuat turun tetapi perlu membuka aplikasi lain!

● Pintasan skrin laman utama:
Tersedia pada Android versi 7.1 atau kemudian, pelayar Opera menawarkan akses pantas dari skrin laman utama untuk mencari, membuka tab peribadi baharu atau mengimbas kod QR. Untuk mencipta pintasan skrin laman utama anda, ketik lama pada ikon Opera dalam skrin laman utama peranti anda dan ketik fungsi yang anda mahu.

● Segerak peranti Opera anda:
Berikan diri anda akses kepada semua penanda halaman anda, pintasan Dail Cepat dan tab terbuka dari peranti anda yang lain dengan Opera. Opera pada Android kini boleh dengan mudah disegerakkan dengan pelayar Opera untuk komputer.

Lakukan lebih lagi dengan Opera: https://www.opera.com/mobile/android

Opera mungkin menunjukkan iklan dari Facebook. Untuk mengetahui lebih lanjut, lihat https://m.facebook.com/ads/ad_choices

Saling berhubungan:
Twitter – http://twitter.com/opera/
Facebook – http://www.facebook.com/opera/
Instagram – http://instagram.com/opera

Terma & Syarat

Dengan memuat turun aplikasi ini, anda bersetuju dengan Perjanjian Lesen Pengguna Akhir di https://www.opera.com/eula/mobile. Anda juga boleh mengetahui cara Opera menangani dan melindungi data anda dalam Pernyataan Privasi kami di https://www.opera.com/privacy.
Baca lagi
Runtuhkan
4.6
3,057,825 kesemuanya
5
4
3
2
1
Memuatkan ...

Apa Yang Baharu

Thanks for choosing Opera! This version introduces a revamped night mode with eye-saver, night mode scheduling, support for dark web pages, improved news support and bottom bar tab-switching gestures.

More changes:
- Chromium 77
- Android 10 support
- Improved VPN connectivity handling

- Various fixes and stability improvements
Baca lagi
Runtuhkan

Maklumat Tambahan

Dikemas kini
20 Disember 2019
Saiz
Berbeza-beza mengikut peranti
Pemasangan
100,000,000+
Versi Semasa
Berbeza-beza mengikut peranti
Memerlukan Android
Berbeza-beza mengikut peranti
Rating Kandungan
Elemen Interaktif
Pembelian Digital, Internet tanpa had
Kebenaran
Ditawarkan Oleh
Google Commerce Ltd
©2019 GoogleSyarat Perkhidmatan TapakPrivasiPemajuArtisMengenai Google|Lokasi: PortugalBahasa: MelayuSemua harga termasuk VAT.
Dengan membeli item ini, anda berurus niaga dengan Google Payments dan bersetuju menerima Syarat Perkhidmatan dan Notis Privasi Google Payments.