100+
Downloads
Content rating
Everyone
Screenshot image
Screenshot image
Screenshot image
Screenshot image
Screenshot image
Screenshot image

About this app

Menerusi produk perkhidmatan, Darul Jenazah, syarikat ini telah bertapak sebagai peneraju bagi pengurusan jenazah tanpa tunai yang sistematik dan berlandaskan prinsip syariah. Menerusi rangkaian lebih 1,000 orang pengurus jenazah, liputan operasi Bumijez merangkumi seluruh Semenanjung serta Sabah dan Sarawak dengan respon pertama dilakukan dalam tempoh 2 jam pertama selepas menerima panggilan waris untuk Pengurusan Jenazah Lengkap. Perkhidmatan kami turut disertakan dengan pemberian wang khairat bagi meringankan beban waris.

Menyedari terdapat juga kekangan kewangan pada pihak waris dalam urusan tuntutan dan pentadbiran harta pusaka, Bumijez mengorak langkah memperkenalkan produk perkhidmatan, Darul Pusaka dengan hasrat menyegerakan proses berkenaan yang rumit dan melibatkan aspek undang-undang. Bumijez tidak hanya memberikan bantu mula sebagai punca kewangan untuk kos pengurusan dan pentadbiran harta pusaka malah menyediakan khidmat rundingan bagi memastikan kelancaran urusan berlandaskan prinsip syariah yang sistematik dan bersepadu.

map
Produk-produk perkhidmatan yang ditawarkan oleh Bumijez adalah bersifat keahlian dan ahli perlu mendaftar serta melanggan secara berkala. Manfaat-manfaat tambahan turut diberikan kepada para ahli khususnya Darul Jenazah yang memberi manfaat akibat kemalangan maut dan keilatan selain diskaun 10 peratus di panel klinik PCS Rakyat serta keistimewaan keahlian Real Rewards.

Menjadi matlamat utama Bumijez untuk mengurangkan beban waris dalam aspek pengurusan jenazah pada hari kematian dan membantu untuk menyegerakan proses tuntutan harta pusaka. Kami berharap dapat memberi kefahaman kepada masyarakat mengenai pengurusan berlandaskan prinsip syariah serta mendapat keredaan Allah SWT dalam urusan yang dilaksanakan.
Updated on
Aug 1, 2021

Data safety

Developers can show information here about how their app collects and uses your data. Learn more about data safety
No information available