Perakam Penjejak Perbelanjaan

Perakam Penjejak Perbelanjaan adalah sebuah aplikasi kecil yang membantu anda untuk merekodkan perbelanjaan anda menggunakan suara anda sendiri dan menjejaki mereka kemudian dalam HandWallet.
Untuk menggunakan aplikasi ini, anda perlu memasang HandWallet dahulu - sebuah pengurus perbelanjaan percuma profesional yang membantu anda untuk mengawal perbelanjaan, akaun, bil dan bajet anda.

Bagaimana untuk merekodkan perbelanjaan (selepas anda menentukan akaun bank, kad kredit atau akaun tunai anda)? Sangat mudah - hanya dalam 4 langkah:
A. Tekan butang rekod.

B. Sebutkan nama kategori (contohnya 'Perumahan’ atau ‘Makanan'). Anda juga boleh menambahkan nama kedai dan / atau akaun anda yang digunakan untuk membayar jika anda pernah menggunakan mereka sebelum itu (contohnya ‘Kad Kredit Makanan Wal-Mart’).
Bercakap dengan kuat dan jelas. Pastikan bahawa tidak ada bunyi latar belakang. Buat jurang sedikit antara perkataan.

C. Tekan butang "Selesai".

D. Satu tetingkap popup akan muncul di mana anda boleh menambah / mengubah suai 3 soalan:
1) Bila? (Tarikh perbelanjaan).

2) Apa? (Kategori perbelanjaan anda yang baru direkodkan. Jika ‘Perakam Penjejak Perbelanjaan’ gagal untuk mengenal pasti perbelanjaan, ini adalah tempat untuk memperbaikinya).
Dekat kategori anda perlu menaipkan jumlah perbelanjaan. Dalam kebanyakan kes ini adalah satu-satunya perkara yang anda perlu menaip.

3) Bagaimana ia telah dibayar? (Akaun, jenis pembayaran dan mata wang perbelanjaan). Ini biasanya akan diisi secara automatik.

Tekan butang 'Sahkan' dan perbelanjaan anda kini dijejak buat selama-lamanya!

Ciri-ciri tambahan:
• Carian lanjutan dan pilihan penapis untuk mencari transaksi yang disimpan
• Pelbagai jenis mata wang. Memuat turun kadar pertukaran secara automatik
• Tambah maklumat mengenai perbelanjaan anda: gambar, video, memo suara atau dokumen. Kemudian berkongsi maklumat ini di rangkaian sosial.
• Menjejak wang tunai, kad kredit & menyemak rekod anda. Lihat semua perbelanjaan anda yang direkodkan dalam "akaun kenyataan".
• Pelan bajet
• Cepat, Dipercayai & Dijamin. Perlindungan kata laluan
• Backup & pemulihan. Hantar data kewangan anda yang direkodkan kepada mel anda dalam satu klik!
• Pelbagai bahasa (termasuk Perancis, Sepanyol, Rusia, Portugis dan banyak lagi)
• Bantuan online dalam aplikasi.

Mengapakah anda perlu menggunakan penjejak perbelanjaan?
Kerana ia akan membantu anda untuk menjadi lebih teratur, memberi anda kawalan tentang situasi kewangan anda, menjimatkan wang anda dan memberi anda peluang yang lebih baik untuk menerokai sepenuhnya potensi kewangan anda.

Mengapakah anda perlu menggunakan add-on "Perakam Penjejak Perbelanjaan"?
Kerana ia adalah perakam perbelanjaan yang paling mudah dan intuitif. Dan kerana kami telah menghasilkan penjejak perbelanjaan dan perisian perakaunan selama sepuluh tahun dan tahu mengapa kebanyakan orang mahu untuk menjejak perbelanjaan tetapi hanya beberapa orang sahaja yang berjaya.

Bagaimana untuk bermula?
Muat turun aplikasi "Perakam Penjejak HandWallet" dan "Pengurus Perbelanjaan HandWallet" secara percuma. Kemudian tekan tab akaun dan membuat akaun anda, contohnya Maybank, kad kredit CIMB Bank atau "tunai saya".
Kemudian tekan butang tindakan dan merekodkan perbelanjaan pertama anda menggunakan suara anda sendiri!

Bagaimana untuk membina bajet?
Selepas anda merekodkan beberapa perbelanjaan, pilih butang "data" dan kemudian kategori. Pilih satu kategori, sebagai contoh "perbelanjaan kenderaan". Tekan butang "lanjutan" dan pilih jenis bajet: ringkasan bajet, bajet tetap dan lain-lain. Anda boleh membina bajet yang berbeza untuk setiap tempoh.

Bagaimana untuk melihat pai atau graf bar perbelanjaan anda?
Selepas anda menjejaki perbelanjaan, tekan tab "juruanalisis". Kemudian pilih tempoh dan kategori, contohnya "perbelanjaan kenderaan ".
Anda boleh bertukar dari perbelanjaan ke bajet dengan menggunakan ikon di sebelah kiri.
Baca lagi
Runtuhkan
4.2
507 kesemuanya
5
4
3
2
1
Memuatkan ...

Maklumat Tambahan

Dikemas kini
27 Ogos 2013
Saiz
223k
Pemasangan
100,000+
Versi Semasa
1.3
Memerlukan Android
1.6 ke atas
Rating Kandungan
Kebenaran
Ditawarkan Oleh
HandWallet Expense Manager
©2019 GoogleSyarat Perkhidmatan TapakPrivasiPemajuArtisMengenai Google|Lokasi: Amerika SyarikatBahasa: Melayu
Dengan membeli item ini, anda berurus niaga dengan Google Payments dan bersetuju menerima Syarat Perkhidmatan dan Notis Privasi Google Payments.