Seminar Bahasa Melayu 2018

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah melancarkan Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu di Universiti Awam 2016-2020 pada tahun 2016. Pelan ini bertujuan untuk memastikan kedudukan bahasa Melayu dalam sektor pendidikan tinggi terus diperkukuh selaras dengan Perlembagaan serta sebagai pembentuk jati diri bangsa Malaysia dan generasi akan datang. Seminar Mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu dianjurkan sebagai salah satu usaha menggalakkan ahli akademik dan penjawat awam memperkaya dan memperluas penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai disiplin ilmu. Seminar pada tahun ini akan dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Seminar ini akan dirasmikan oleh YB Menteri Pendidikan Malaysia dan menyasarkan penyertaan dalam kalangan ahli akademik, warga KPM, penjawat awam dari pelbagai agensi/kementerian, pemimpin pelajar serta penggiat industri. Seminar Mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu tahun 2018 dilaksanakan berdasarkan objektif berikut: 1. berkongsi ilmu dan pengalaman tokoh bahasa Melayu tempatan dan antarabangsa dalam usaha mendepani cabaran Era Revolusi Industri Keempat; 2. meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam kalangan ahli akademik dan penjawat awam; 3. mendapatkan pencerahan bagi isu berkaitan bahasa Melayu melalui forum ilmiah; dan 4. menyebarluaskan maklumat dan inisiatif KPM dalam usaha mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu kepada semua peserta yang hadir. Antara ahli akademik dan tokoh bahasa Melayu tempatan dan antarabangsa yang akan menyumbangkan idea dan berkongsi ilmu dalam seminar ini ialah: Penyampai ucaptama: 1. YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd. Yusof bin Othman, Pengarah, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia. 2. YBrs. Prof. Dr. Arndt Graf, Ketua, Pengajian Asia Tenggara, Universiti Goethe, Frankfurt. Panel forum: 1. YBhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Wan Ramli bin Wan Daud, Profesor Kejuruteraan Kimia, Universiti Kebangsaan Malaysia 2. YBhg. Dato’ Kepten Prof. Emeritus Dr. Hashim bin Yaacob (B), Mantan Naib Canselor Universiti: UM, QIUP, MERITUS, KLMUC, IUCN. 3. YBhg. Prof. Datuk Dr. Azizan binti Baharuddin, Pengarah, Institut Kefahaman Islam Malaysia. 4. YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ahmad Murad Merican, Profesor, Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa (CenPris), Universiti Sains Malaysia 5. YBrs. Prof. Madya Dr. Sarjit Singh a/l Darshan Singh, Pensyarah, Universiti Putra Malaysia. 6. YBrs. Dr. Mohammad Alinor bin Abdul Kadir, Penyelidik Bersekutu, Universiti Putra Malaysia. Sesi forum akan dikendalikan oleh YBrs. Tuan Sayed Munawar Sayed Mohd. Mustar; Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kota Buku selaku moderator.

The Seminar Bahasa Melayu 2018 mobile application is powered by Konfx platform (http://www.konfx.io).
Read more
Collapse
Loading...

What's New

UI Update
Read more
Collapse

Additional Information

Updated
August 9, 2018
Size
5.1M
Installs
100+
Current Version
1.1
Requires Android
4.1 and up
Content Rating
Everyone
Permissions
Offered By
Gain Secure
Developer
Gain Secure Sdn Bhd 5-3-10, Danau Business Centre, Jalan 3/109F, Taman Danau Desa, 58100 Kuala Lumpur, Malaysia.
©2019 GoogleSite Terms of ServicePrivacyDevelopersArtistsAbout Google|Location: United StatesLanguage: English (United States)
By purchasing this item, you are transacting with Google Payments and agreeing to the Google Payments Terms of Service and Privacy Notice.