Rating kandungan
Semua orang
Kerajaan
1J+
Muat turun
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin

Perihal apl ini

JPJeBid merupakan pelaksanaan inisiatif pembangunan Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan Malaysia telah memutuskan pelaksanaan Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid ) dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan dilaksanakan pada 15 April 2019.

Pelaksanaan JPJeBid dijalankan secara perluasan skop sistem MySIKAP iaitu di bawah menu Pengurusan Nombor Pendaftaran.

Proses-proses di dalam JPJeBid meliputi proses pengiklanan, pendaftaran, bidaan, bayaran dan juga ketetapan aplikasi dan akaun. Semua proses ini perlu dibuat terlebih dahulu oleh pembida dan akan dikawal selia oleh pihak JPJ.

Konsep-konsep di dalam JPJeBid ini menawarkan ketelusan bermula daripada transaksi pendaftaran sehingga pembayaran dibuat, mesra pengguna dengan menawarkan elemen-elemen yang berteraskan User Experience (UX) yang ringkas, meningkatkan kecekapan proses bidaan secara manual kepada secara dalam talian, persekitaran keselamatan sistem yang terjamin dan kebolehan mengakses sistem JPJeBid secara Online Real Time dimana-mana sahaja tanpa mengira masa.

Pelaksanaan inisiatif pembangunan Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid ) merupakan langkah strategik JPJ yang wajar dilaksanakan dan memberikan manfaat jangka panjang kepada rakyat dan negara. Melalui pelaksanaan JPJeBid pengurusan nombor kenderaan dapat dipertingkatkan dan diperkemaskan dengan hanya melalui sistem urusniaga dalam talian.
Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian
Dikemas kini pada
3 Jun 2026

Keselamatan data

Keselamatan bermula dengan memahami cara pembangun mengumpul dan berkongsi data anda. Amalan privasi dan keselamatan data mungkin berbeza-beza berdasarkan penggunaan, rantau dan umur anda. Pembangun memberikan maklumat ini dan mungkin mengemaskinikan maklumat dari semasa ke semasa.
  • Tiada data dikongsi dengan pihak ketiga
    Ketahui lebih lanjut tentang cara pembangun mengisytiharkan perkongsian
  • Apl ini mungkin mengumpul jenis data ini
    Maklumat peribadi
  • Data disulitkan semasa dalam perjalanan
  • Anda boleh meminta data dipadamkan

Perkara baharu

- Pembaharuan skrin antara muka
- Pembetulan ralat

Selamat membida!

Sokongan apl

Perihal pembangun
JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA
mobileapps@jpj.gov.my
Aras 1-5 Blok D4 Ibu Pejabat JPJ Malaysia Parcel D 62620 Putrajaya Malaysia
+60 3-8321 1336

Apl yang serupa