Aplikasi Mobile eAduan JTKSM ini adalah salah satu alternatif yang disediakan oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) khas untuk kegunaan pekerja sektor swasta di Semenanjung Malaysia sahaja. Sistem ini turut menyediakan perkhidmatan penyaluran aduan perburuhan bagi memudahkan pihak pekerja, orang awam atau pihak ketiga untuk memfailkan aduan sekiranya berlaku ketidakpatuhan undang-undang perburuhan.
Aduan-aduan perburuhan yang diterima akan disiasat oleh JTKSM bagi memastikan golongan pekerja di sektor swasta mendapat perlindungan perburuhan serta hak-hak minima seperti mana yang dinyatakan dalam undang-undang perburuhan dipatuhi oleh majikan.
Sehubungan itu, kini melumpuhkan pekerja boleh memfailkan aduan melalui surat, e-mel, telefon, Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) atau hadir secara fizikal ke pejabat yang berdekatan, pekerja juga boleh menggunakan aplikasi e-ADUAN yang dimuat turun melalui telefon bimbit pekerja itu sendiri.
Antara maklumat yang diperlukan untuk membuat aduan adalah seperti berikut:
1. Butiran lengkap pengadu
2. Butiran lengkap pihak yang diadu
3. Isu-isu aduan
4. Salinan dokumen sokongan seperti surat lantikan atau kontrak perkhidmatan, penyata gaji atau apa-apa dokumen lain yang berkaitan.
Dikemas kini pada
8 Jul 2025