Nabi Adam AS: Keampunan Allah Ada Untuk Kita Yang Mencari

· Iman Publication Sdn Bhd
5.0
9 reviews
Ebook
192
Pages

About this ebook

Nabi Adam AS pernah tergelincir melakukan kesilapan kepada Allah SWT. Apatah lagi kita sebagai manusia biasa tentulah tidak terlepas daripada melakukannya.

 

Kesilapan demi kesilapan yang dilakukan membuatkan kita rasa tiada lagi harapan untuk beroleh keampunan Allah SWT. 

 

Akhirnya, kita simpulkan bahawa berputus asa itulah satu-satunya jalan yang ada.

 

Hakikatnya, keampunan Allah SWT yang ada buat kita, jauh lebih besar berbanding kemurkaan-Nya. Rahmat Allah SWT sentiasa ada dan terbuka untuk kita kembali kepada-Nya.

 

Melalui buku ini, Ustaz Azlan Shah menampilkan kisah dan peribadi Nabi Adam AS yang wajar kita contohi. Seorang insan yang melakukan kesilapan, lalu memilih untuk kembali kepada-Nya, lantas dianugerahkan keampunan Ilahi.


5.0
9 reviews
razitar
July 25, 2020
Seronok dibaca dan mesej yang disampaikan mudah difahami. Menambahkan kecintaan saya kepada Allah swt, terima kasih kepada penulis :)
Did you find this helpful?
Azian Abu
June 16, 2020
Masya Allah, sebuah karya yang hebat untuk kita kenal asal usul kita & pencipta kita.
1 person found this review helpful
Did you find this helpful?

About the author

Beliau adalah Azlan Shah Nabees Khan.


Membesar di Johor Bahru, beliau kemudiannya melanjutkan pengajian peringkat Diploma di Kolej IKIP (kini dikenali dengan nama Kolej Yayasan Pahang).


Beliau berkelulusan Sarjana Muda Shariah, pengkhususan Ekonomi dan Perbankan Islam daripada Universiti Yarmouk Jordan. Selanjutnya menamatkan pula pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang Pengajian Islam daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).


Kajian Sarjana beliau telah diterbitkan oleh UKM Press dengan judul Natijah Syahadah: Impak Pemelukan Islam di Sisi Undang-undang.


Beliau pernah berkhidmat selaku Pegawai Shariah di Affin Islamic Bank Berhad.


Kini, Azlan Shah berperanan selaku CEO di ARBA Foundation sejak tahun 2018. ARBA Foundation merupakan sebuah yayasan waqaf patuh Syariah yang bekerja memperkasa dunia filantropi dan kebajikan dengan data dan teknologi bagi menghasilkan impak sosial tertinggi. Melalui ARBA Foundation, Azlan Shah telah mengepalai pelbagai usaha kebajikan seperti Projek Susu Ibu, Projek Adiwira dan Infaq Berbuka Puasa.


Beliau juga masyhur sebagai moderator jemputan bagi forum-forum dan wacana anjuran Sinar Harian.

Azlan Shah boleh diikuti di saluran media sosial Instagram dan Facebook.


Instagram: @azlanshahnk


FB: Azlan Shah Nabees Khan

Rate this book

Tell us what you think.

Reading information

Smartphones and tablets
Install the Google Play Books app for Android and iPad/iPhone. It syncs automatically with your account and allows you to read online or offline wherever you are.
Laptops and computers
You can listen to audiobooks purchased on Google Play using your computer's web browser.
eReaders and other devices
To read on e-ink devices like Kobo eReaders, you'll need to download a file and transfer it to your device. Follow the detailed Help Center instructions to transfer the files to supported eReaders.