Isu 34 - Sungguh Suci Sungguh Murni

· Majalah Jom! Book 34 · Deen Prints
4.8
8 reviews
Ebook
96
Pages

About this ebook

Alhamdulillah! Kita bakal memasuki tahun baru 2015 beberapa hari sahaja lagi! Sungguh cepat tahun 2014 ini berlalu bukan? Pastinya, tahun akan datang ini pasti akan menjanjikan sesuatu yang lebih mencabar buat kita semua.

Tidak dinafikan, setiap kali masuk tahun baharu, pasti akan ada yang bertanya: “Apa azam tahun ini?”

Apa-apa pun jawapannya, mungkin perkara pertama untuk diletakkan dan betul-betul dijaga adalah NIAT mengapa kita ingin mencapai azam yang diletakkan. Kerana, niat yang benar di awalnya, insya-Allah akan membawa kepada natijah yang benar juga.

Maka kerana itu, Majalah Jom! kali ini membawakan kepada anda semua Isu ke-34 kami yang bertajuk; Sungguh Suci, Sungguh Murni. Diangkat daripada hadith pertama daripada kitab Hadith Arba’in oleh Imam Nawawi, isu kali ini memfokuskan mengenai NIAT. Pasti anda kata, “Ah! Klise betul tema Majalah Jom! kali ni! Bosanlah!”

Tetapi, mengenangkan peri pentingnya perihal niat ini, sehingga Abdullah Ibnu Mubarak rahimahullah pun pernah berkata, “Boleh jadi amal soleh yang kecil dibesarkan nilainya oleh niat, dan boleh jadi amal soleh yang besar dikecilkan nilainya kerana niat pula,” kerana itulah, kami tetap mengangkatnya sebagai tema isu kali ini.

Ratings and reviews

4.8
8 reviews
Danial Zulkarnain
January 21, 2017
Klu nk baca kenapa mesti online? sepatutnya boleh baca secara offline
Did you find this helpful?

Rate this ebook

Tell us what you think.

Reading information

Smartphones and tablets
Install the Google Play Books app for Android and iPad/iPhone. It syncs automatically with your account and allows you to read online or offline wherever you are.
Laptops and computers
You can listen to audiobooks purchased on Google Play using your computer's web browser.
eReaders and other devices
To read on e-ink devices like Kobo eReaders, you'll need to download a file and transfer it to your device. Follow the detailed Help Center instructions to transfer the files to supported eReaders.