Antioxidan: Bagaimana memulakanya

Oak Publication Sdn Bhd
Free sample

Bukti-bukti yang sah datang mencurah-curah daripada beberapa penyelidikan bahawa nutrient-nutrien antioxidant boleh memainkan peeranan yang berkuasa dalam mencegah beberapa jenis penyakit. Ini termasuk masalah-masalah seperti penyakit jantung, kanser, katarak, sclerosis berganda, kemerosotan macular, penyakit Parkinson dan banyak lagi. Setakat ini, kajian-kajian telah pun mengenal pasti lebih 60 keadaan kesihatan yang mungkin dapat dicegah atau dirawat oleh penambahan antioxidant, dan senarai ini kian hari semakin panjang. Sebenarnya, para penyelidik menganggarkan perangkaan yang menakjubkan; iaitu 80 hingga 90 peratus daripada semua penyakit degeneratif melibatkan radikal bebas!

 

Antioxidan benar-benar merupakan perbatasan baru dalam bidang nutisi. Sistem antioxisidan dan system imun begitu jalin-menjalalini sehingga ramai kini menganggapkan antioxidan sebagai sebahagian daripada system imun.

 

Penggunaan antioxisidan yang wajar mungkin sama pentingnya dengan penemuan antibiotik untuk kesihatan kita. Matlamat buku ini ialah untuk mengemukakan satu strategi bagi membantu anda mencegah kemunculan penyakit-penyakit yang disenaraikan. Barangkali anda dapat mempertahankan perkembangannya jika penyakit itu sudah bermula, bahkan mengundurkan proses perkembangannya sama sekali. Adalah cerita ini terlampau indah untuk dipercayai? Kajian-kajian saintifik terkini yang sah menunjukkan bahawa saya sebenarnya mungkin meremehkan hal ini.

 

Tumpuan utama ialah terhadap nutrien-nutrien yang terbukti dapat memberikan perlindingan terhadao penyakit-penyakit ini apabila ia dimakan dengan amaun yang jauh lebih tinggi daripada “Recommended Daily Allowance (RDAS).” Seorang penyelidik terkemuka menyifatkan ini sebagai ‘gelombang kedua dalam penyelidikan vitamin dan mineral.’

Read more
Loading...

Additional Information

Publisher
Oak Publication Sdn Bhd
Read more
Published on
Jan 1, 2016
Read more
Pages
32
Read more
ISBN
9789832652427
Read more
Read more
Best For
Read more
Language
Malay
Read more
Content Protection
This content is DRM protected.
Read more

Reading information

Smartphones and Tablets

Install the Google Play Books app for Android and iPad/iPhone. It syncs automatically with your account and allows you to read online or offline wherever you are.

Laptops and Computers

You can read books purchased on Google Play using your computer's web browser.

eReaders and other devices

To read on e-ink devices like the Sony eReader or Barnes & Noble Nook, you'll need to download a file and transfer it to your device. Please follow the detailed Help center instructions to transfer the files to supported eReaders.
Bagi penyakit jantung anda ada pilihan. Anda boleh memilih untuk berdiam diri, kemudian menderita serangan jantung dan mati secara mengejut. Jika anda masih hidup selepas serangan itu, anda mungkin terpaksa menjalani pembedahan pintas yang akan menelan belanja sekurang-kurangnya US$30,000. Anda mungkin bernasib baik dan memerlukan hanya angioplasti yang memakan belanja US$7,500. Tetapi, dengan belanja yang kecil sahaja, anda boleh membaca dan memanfaatkan maklumat dalam buku ini. Majoriti manusia responsif terhadap pemakanan/gaya hidup, dan buku ini memaklumkan anda apa yang harus dilakukan. Penyakit jantung ialah penyebab utama kematian lelaki dan wanita di Amerika Utara. Ini amat menyedihkan, kerana daripada semua sebab utama kematian, inilah yang paling senang dicegahi. Lebih 50% orang dewasa menghadapi risiko yang semakin meningkat untuk terkena serangan jantung kerana paras kolesterol darah mereka melebihi julat yang diingini. Menarik sekali, manusia di kebanyakan tempat di dunia ini tidak diserangi penyakit jantung. Dalam buku ini anda akan mempelajari rahsia mereka. Dengan mengikuti program dan saranan yang dikemukakan, anda akan mempelajari cara untuk mengurangkan kolesterol secara berkesan. Baca kenyataan yang berikut dengan teliti kerana ia amat penting … Kebanyakan orang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak 2% bagi setiap penurunan 1% kolesterol. Ini bermakna anda boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak 25%. Dengan mengikuti cadangan dalam buku ini, ramai orang akan mengalami penurunan kolesterol penting dalam tempoh hanya 4 hingga 6 minggu! Istilah-istilah rumit seperti HDL, LDL, kolesterol dan trigliserida menjadi mudah difahami. Buku ini meliputi perubahan diet dan makanan tambahan untuk mengurangkan risiko serangan jantung dalam tempoh hanya 4 hingga 6 minggu. Kerana penyakit jantung merupakan pembunuh nombor satu, adalah wajar untuk mengikuti saranan-saranan mudah dalam buku ini demi untuk mengurangkan risiko anda menjadi satu perangkaan orang yang diserangi penyakit jantung.
Sejak beberapa tahun yang lalu, kita banyak mempelajari mengenai nutrisi dan kejelitaan. Misalnya, manakala kita tidak dapat menghentikan proses penuaan itu sendiri, kita boleh melambatkannya; bahkan dalam sesetengah kes memansuhkan kesan-kesan penuaan yang dapat dilihat. Buku ini mengandungi berbagai maklumat terkini mengenai nutrisi dan kesihatan rambut, kulit dan kuku anda. Berbagai masalah dibincangkan, seperti kuku yang retak dan memecah, kulit yang kering dan berkedut, rambut yang nipis dan pudar, dan banyak lagi. Manakala kecantikan fizikal seharusnya tidaklah dianggap begitu penting, namun ramai wanita ingin menampilkan wajah yang cantik serta ingin berperasaan bahawa diri mereka itu menawan. Badan anda mencerminkan imej diri anda dan perasaan anda terhadap diri anda sendiri. Rupa paras anda boleh mempengaruhi tahap yakin diri dan harga diri anda. Pada zaman Yunani purba, Aristotle dirakamkan sebagai berkata, “Kecantikan peribadi merupakan sokongan yang lebih hebat daripada mana-mana surat pengenalan.”

 

Kejelitaan tulen menyinari dari dalam, dan wanita yang paling jelita ialah wanita yang mempunyai wajah luaran yang berseri-seri dan mencerminkan keharmonian dalaman. Lebih daripada pakaian, kosmetik, atau fesyen rambut, kejelitaan bergantung kepada kesihatan yang sempurna dari segi jasmani, emosi, dan rohani. Sifat-sifat wanita yang semulajadi, seperti rambut, kulit dan kuku, apabila disuburi dengan nutrisi optimum, boleh membuatkan wanita itu kelihatan cantik dan menarik. Ramai wanita sanggup berbelanja jumlah wang yang besar untuk membuatkan mereka kelihatan menarik dari luar. Selepas membaca buku ini, saya harap anda bersedia membelanjakan wang dan masa sebanyak itu juga untuk membuatkan anda kelihatan sihat dari dalam. Pasti pelaburan anda ini akan mendatangkan pulangan yang beberapa kali ganda besarnya!

Penyakit jantung ialah pembunuh nombor satu bagi kedua-dua kaum lelaki dan perempuan dalam beberapa buah negara. Di Amerika Syarikat sahaja ia membunuh lebih satu setengah juta orang setiap tahun. Gejala pertama penyakit jantung bagi kebanyakan orang ialah kematian mengejut. Berita baiknya ialah faktor-faktor risiko utama penyakit jantung telah pun dikenalpasti. Buku kecil ini menerangkan faktor-faktor risiko tersebut dan bagaimana ia boleh diubahsuai dengan melakukan beberapa perubahan yang mudah dalam gaya hidup anda. Buku ini juga membincangkan tentang homosistena, suatu faktor risiko baru dalam penyakit kardiovaskular.

 

Sesetengah orang mengalami kesusahan besar untuk menurunkan kolesterol mereka melalui kaedah pendietan. Bagi orang seperti itu, kerap kali satu-satunya jalan keluar ialah drug. Buku ini menawarkan satu lagi alternatif. Terdapat beberapa tambahan diet yang membawa kesan-kesan yang menakjubkan dalam usaha menurunkan kolesterol … menurun sehingga 30 mata dalam 30 hari!

 

Penyelidikan baru-baru ini menunjukkan bahawa kolesterol LDL bukan pesalahnya, tetapi suatu bentuk khas kolesterol LDL yang dioksidasikan merupakan penjahat yang sebenar. Kolesterol dioksidasikan yang amat berbahaya ini boleh dihalang oleh beberapa nutrien tertentu yang diambil pada paras yang lebih tinggi sedikit daripada U.S. RDA.

 

Juga ditinjau dengan agak mendalam beberapa jenis vitamin dan herba, diet, gaya hidup yang sihat dan beberapa mineral dalam bentuk makanan tambahan yang boleh membantu anda mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Maklumat dalam buku ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda.

©2018 GoogleSite Terms of ServicePrivacyDevelopersArtistsAbout Google|Location: United StatesLanguage: English
By purchasing this item, you are transacting with Google Payments and agreeing to the Google Payments Terms of Service and Privacy Notice.