Pengurusan Aktiviti Luar Sekolah: Panduan Pengurusan Aktiviti di Luar Sekolah

· PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
5.0
2 reviews
Ebook
336
Pages

About this ebook

Buku ini ditulis untuk para pentadbir sekolah, khususnya Pengetua dan Guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Guru-guru Penolong Kanan Kokurikulum, SU kokurikulum, guru-guru pelaksana aktiviti-aktiviti luar, guru-guru pelatih di institut-institut pendidikan guru (IPG), para pelajar jurusan pendidikan di universiti, dan mereka-mereka yang berminat dalam pengurusan pendidikan luar di sekolah.

Sering kali, pihak penganjur aktiviti kurang arif atau pasti dengan tindakan-tindakan atau prosedur yang perlu dipatuhi apabila hendak menganjurkan sesuatu aktiviti luar sekolah yang melibatkan murid.  Ketidakpastian ini menyebabkan mereka sama ada segan menganjurkan aktiviti luar ataupun menganjurkan aktiviti luar mengikut gerak hati dan budi bicara masing-masing.  Pelanggaran prosedur sering kali tidak disedari langsung kerana kesemua peserta aktiviti luar pulang dengan selamat dan kesalahan ini diulangi sehingga menjadi amalan biasa.  Apabila sesuatu insiden atau peristiwa yang tidak diingini berlaku, barulah pihak penganjur sedar bahawa terdapat tindakan-tindakan yang telah diambil sebelum itu adalah salah.  Menyedari hakikat itu, buku ini bertujuan untuk memberi panduan kepada para pembaca dan pelaksana aktiviti pendidikan luar agar mereka boleh membuat rujukan yang cepat dan tepat apabila diperlukan.  

Buku ini mengandungi tujuh bab. Enam bab ditulis khusus untuk menghurai secara komprehensif jenis-jenis aktiviti luar yang sering dianjurkan oleh sekolah. Untuk setiap aktiviti yang disenarai, tindakan-tindakan pra, semasa dan selepas yang perlu dilakukan dibincangkan. Carta aliran pelaksanaan turut disertakan untuk memudahkan pihak penganjur memahami langkah-langkah untuk menjalankan aktiviti yang ingin dilaksanakan. Surat-surat pekeliling, dokumen, prosedur, contoh kertas kerja, surat-surat, dan borang-borang berkaitan yang turut disediakan di setiap penghujung bab bertujuan untuk memudahkan rujukan dan memberi panduan kepada pembaca dalam proses penyediaan bahan-bahan dan pelaksanaan aktiviti. Ini adalah selaras dengan hasrat penulis untuk membolehkan pembaca dan pengamal aktiviti pendidikan luar di sekolah untuk menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan pendidikan luar dengan mudah, tepat dan cekap. 

Ratings and reviews

5.0
2 reviews

Rate this ebook

Tell us what you think.

Reading information

Smartphones and tablets
Install the Google Play Books app for Android and iPad/iPhone. It syncs automatically with your account and allows you to read online or offline wherever you are.
Laptops and computers
You can listen to audiobooks purchased on Google Play using your computer's web browser.
eReaders and other devices
To read on e-ink devices like Kobo eReaders, you'll need to download a file and transfer it to your device. Follow the detailed Help Center instructions to transfer the files to supported eReaders.