Bahagianya menjadi pengantin sepanjang masa

PTS Media Group Sdn Bhd
Free sample

memiliki rumah tangga yang aman dan bahagai menjadi idaman dan impian setiap pasangan. Kebahagiaan yan gdikecapi pastinya daripada percikan curahan cinta dan kasih sayang antara suami dan isteri seterusnya kepada anak-anak. Suami dan isteri sama-sama memiliki peribadi serta akhlak yang baik supaya menjadi ikutan kepada anak-anak. Pasangan yang baik mengamalkan sifat-sifat serta akhlak yang baik sepertimana yang dianjurkan Islam. Dalam mengemudi bahtera rumah tangga yang hamoni, pasangan suami isteri perlu sama-sama memiliki sifat-sifat yang terpuji. Secara keseluruhannya, Bahagianya pengantin sepanjang masa terhasil daripada pemahaman yang baik mengenai punca terjadinya konflik ataupun masalah biasa dalam rumah tangga serta cara mengatasinya. Buku ini juga memberikan panduan dan tip yang praktikal daripada perspektif Islam supaya kehidupan pasangan suami isteri sentiasa dipayungi rahmat dan kasih sayang Allah. Aplikasikan gabungan ketakwaan, kepercayaan, kesetian dankasih sayang setiap masa sehingga impian setiap pasangan suami isteri menjadi kenyataan sepanjang zaman.
Read more
Collapse
Loading...

Additional Information

Publisher
PTS Media Group Sdn Bhd
Read more
Collapse
Published on
Dec 31, 2011
Read more
Collapse
Pages
270
Read more
Collapse
ISBN
9789675564925
Read more
Collapse
Read more
Collapse
Read more
Collapse
Language
Malay
Read more
Collapse
Genres
Religion / Islam / General
Self-Help / Motivational & Inspirational
Read more
Collapse
Content Protection
This content is DRM protected.
Read more
Collapse
Read Aloud
Available on Android devices
Read more
Collapse

Reading information

Smartphones and Tablets

Install the Google Play Books app for Android and iPad/iPhone. It syncs automatically with your account and allows you to read online or offline wherever you are.

Laptops and Computers

You can read books purchased on Google Play using your computer's web browser.

eReaders and other devices

To read on e-ink devices like the Sony eReader or Barnes & Noble Nook, you'll need to download a file and transfer it to your device. Please follow the detailed Help center instructions to transfer the files to supported eReaders.
 Daripada penterjemah:

Setelah kepada Allah dan Rasul-Nya, kami bersyukur dan berterima kasih tiada terhingga kepada para syeikh atau guru kami; rujukan duduk mendengar hadis. Melalui mereka, kami mendengar dan memahami hadis Baginda Rasulullâh SAW.

Mereka itu di antaranya:

-     Syeikh Dr. Ahmad Shâdiq (Beliau bersama Syeikh Thantawi (Syeikh al-Azhar 1996-2010), Syeikh Sayyid Sabiq (Fiqhu s-Sunnah), dan Syeikh Muhammad Bakr ismail (pengarang al-Fiqh al-Wadhih); mereka berguru kepada Syeikh Mahmud Syaltut (Syeikh al-Azhar 1958-1963)).

-     Syeikh Prof. Dr. Umar Hasyim

-     Syeikh Prof. Dr, Nashr Farid Washil

-     Syeikh Prof. Dr, Ali Jumu'ah

-     Syeikh Prof. Dr. Ali as-Salûs

-     Syeikh Dr. Nadir al-'Anbatawy

-     Syeikh Dr. Shabri Abdur Ra`ûf

-     Syeikh Dr. Ahmad Yusri

-     Syeikh Dr. Abdurrahman al-'Adawiy

-     Syeikh Ibrahim Abdul Ba'its al-Kattani

-     Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari

-     Syeikh Yusuf bin Ahmad

Mereka inilah yang wajahnya melintas dalam pikiran dan idea kami ketika mengusahakan edisi kemas kini ini. Semoga Allah menempatkan mereka di tempat mulia di sisi Allah SWT; allâhumma âmîn.

Sungguh, ketika proses terjemahan ini menapak pada bab akhir: Bab Kewafatan Rasulullah, rasa gembira kerana amal ini akan selesai langsung berganti perasaan sedih dan haru. Kesedihan yang begitu hebat; seakan-akan saat itu Rasulullah baru sahaja wafat.

"Wulida l-Hudâ; sang Petunjuk telah lahir." Mari memperbanyakkan selawat dan salam kepada Baginda S.A.W, serta menghidupkan sunnah-sunnahnya, semoga kita dikumpulkan bersama Baginda dan orang-orang pilihan-Nya, allâhumma âmîn. Wahai Rasulullâh, aku merindukanmu.

Kaherah, Rabi'ul Awwal 1431 H.

al-faqir ilâ 'afwi wa rahmati Rabbihî

Muhammad Masnur Hamzah

Yang kami lakukan dalam amal sederhana ini, hanyalah:

Mentakhrij ayat al-Qur`an.

Mentakhrij hadis kepada kitab utama hadis dan kitab hadis lainnya.

Menterjemahkan matan hadis (ma'nawiyan dan harfiyan).

Mencantumkan pendapat Imam at-Tirmidzi dalam kitab Sunan-nya.

Memberikan ulasan/penjelasan bagi memudahkan pemahaman.

Memberikan keterangan bagi lafadz-lafadz gharîb pada hadis.

Rujukan Utama Dalam Menyelesaikan Edisi Kemas Kini Ini

Shâhih Bukhâri, cetakan Mu`assasah ar-Risâlah, (atau cetakan dengan penomboran Fuâd Abdul Bâqi; akhir nombornya 7563). Kami juga menggunakan Fat-hu l-Bâri dan 'Umdatu l-Qâri.

Shâhih Muslim, (atau cetakan yang akhir nombornya 3033). Kami pun menggunakan Ikmâlu l-Mu'allim bi Fawâidi l-Muslim, karangan al-Imâm al-Qâdhi 'Iyâdh, Dar al-Wafâ, Manshurah, cetakan tahun 1998.

Sunan Abi Dâwud, Dar Ibnu Hazm (atau yang akhir nombornya 5274)

Sunan Tirmidzi, cetakan Mushtofâ al-Halabiy, Misr (atau cetakan yang akhir nombornya 3956)

Sunan Nasâ`i (atau cetakan yang akhir nombornya 5758). Dan kami menggunakan Dzâkhiratu l-'Uqbâ fi Syarhi l-Mujtabâ cetakan Mi'râj.

Sunan Ibnu Mâjah (atau cetakan yang akhir nombornya 4341)

Musnad Ahmad Ibnu Hambal, tahqîq Ahmad Muhammad Syâkir dan Hamzah Ahmad az-Zain, Darul Hadis, Kairo (akhir nombornya 27519).

Shâhih Ibnu Khuzaimah, Maktabah al-Islâmiy, tahqîq Dr. Muhammad Musthafâ al-A'zhamiy (akhir nombornya 3079)

Al-Mu'jam al-Kabîr, al Washîth, dan ash-Shaghîr, al-Imâm Thabrany.

al-Jâmi' li Syu'abi l-Îmân, Imam al-Baihaqi, Maktabah Rusyd. (akhir nombornya 10756)

al-Mawâhib al-Laduniyyah 'alâ sy-Syamâil al-Muhammadiyyah", Ibrahim bin Muhammad al-Bajuri asy-Syafi'i, terbitan Dar al-Minhâj.

Dalâilu n-Nubuwwah, al-Imâm al-Baihaqi, Darul Kutub 'Ilmiyyah dan Dar ar-Rayân li t-Turâts cetakan I.

Muntahâ s-Sûl 'alâ Wasâili l-Wushûl ilâ Syamâili r-Rasûl, karangan al-Allâmah al-Faqîh 'Abdullâh bin Sa'îd Muhammad Abbâdi al-Lahji (1344 - 1410 H), Darul Minhâj (4 jilid).

Majma'u z-Zawâ`id wa Manba'u l-Fawâ`id, al-Hâfidz Ali bin Abi Bakar al-Haitsami, Daru l-Ma'mun li t-Turâts.

* * * * *

Dengan sanad bersambung kepada Imam Tirmizi semoga Allah mengasihinya.

 Solat adalah topik yang tidak pernah habis ditulis dan dibincangkan. Setiap kali kita membaca berkenaannya, pasti hadir rasa kekurangan dalam solat yang dikerjakan selama ini. Walaupun sejak kecil kita sudah belajar dan hafal semua bacaan dan gerakannya, perasaan kurang yakin itu tetap ada dalam hati. Ada waktunya kita tidak khusyuk mengerjakan solat. Kita tidak fokus dan kurang faham maksud semua bacaan, malah gerakan solat kita juga tidak sempurna, sehingga secara umumnya kita berasa seluruh aspek perlaksanaannya kurang sempurna. Ini alasan utama mengapa ilmu solat perlu sentiasa dicari, dipelajari, dan dihayati oleh setiap orang Islam.

Nabi Muhammad s.a.w. menjelaskan, solat adalah tiang agama dan juga amalan pertama yang akan diperiksa di akhirat kelak. Sekiranya solat seseorang itu baik, sesungguhnya dia berjaya dan beruntung. Namun, sekiranya solatnya buruk, dia termasuk golongan yang gagal dan rugi.

Buku ini memiliki keistimewaan tersendiri sebagai buku panduan solat yang ringkas namun padat, mudah, praktikal, serta lengkap dengan rajah, ilustrasi, serta gambar langkah demi langkah. Kandungannya ringkas kerana buku ini hanya membincangkan perkara-perkara yang penting sahaja. Ini menjadi mudah kerana bahasanya ringkas dan juga praktikal kerana disampaikan langkah demi langkah bermula daripada membasuh kedua tangan ketika berwuduk sehingga memberi salam. 

Buku ini lengkap kerana merangkumi semua isu dalam solat, iaitu tata cara, makna, kelebihan, kesalahan umum, tip-tip, perbezaan antara imam, makmum, dan  individu yang solat bersendirian serta hal-hal yang lain. Selain itu, turut dimuatkan imej, gambar rajah, serta ilustrasi bagi menyokong kandungan buku. Semua hadith dalam buku ini kami pilih dengan teliti, iaitu hanya hadith yang sahih dan benar disahkan oleh pakar-pakar hadith.Semoga buku ini dapat memudahkan umat Islam dalam mempelajari dan mendirikan solat yang sempurna seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w. Semoga tulisan ini berfaedah untuk kita semua serta usaha penulis ini diterima oleh Allah s.w.t. Akhir kata dan sekali lagi, segala puji hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam. 

©2019 GoogleSite Terms of ServicePrivacyDevelopersArtistsAbout Google|Location: United StatesLanguage: English (United States)
By purchasing this item, you are transacting with Google Payments and agreeing to the Google Payments Terms of Service and Privacy Notice.