Lagenda Budak Usrah (Edisi Kemas Kini)

Iman Publication Sdn Bhd
Free sample

Budak usrah bukanlah orang yang berburuk sangka dan suka judge

orang lain. Budak usrah adalah orang yang akan selalu melihat orang lain penuh optimis dan penuh harapan. Dia tidak melihat orang lain yang berbeza dan kurang tarbiah sebagai orang yang lebih rendah daripada dirinya.

Dia akan berusaha menarik semua orang di sekelilingnya ke syurga. Dia tidak mendabik dada, walaupun cara dan tindakannya lebih benar daripada orang lain. Budak usrah bukanlah juga orang yang bercakap kasar dan melemparkan kata-kata mengguris hati atas nama dakwah. Budak dakwah tidak takbur dengan kumpulan dan grup usrahnya.

Paling penting, tidak memandang rendah pada orang lain. Jika usrah

membawa kebahagiaan dan jalan benar bagi hidupmu, kenapa hatimu

bersangka buruk pada orang lain. Jika usrah memberi kesan pada jiwamu, namun kenapa akhlakmu tidak menggambarkan kesolehanan dirimu? Malah kamu merasa asing dan mudah merasa tidak senang dengan orang lain?

Usrah itu menjernihkan, walaupun tidak semua usrah sempurna. Usrah itu membenihkan tumbuhan yang menyenangkan hati walaupun dilihat lambat dan lembab. Usrah itu menghidupkan hati-hati dan menyambungkan tali-tali ukhuwah walaupun isinya sangat memerlukan pembaikan. Budak usrah adalah mereka yang sentiasa memandang

jernih jalannya di hadapan. Jika ada kekurangan, dia membaikinya dengan penuh santunan dan kesabaran. Jika adanya ukhuwah tercalar, dia menyambungkan. Paling penting, hatinya jernih sejernihnya daripada prasangka dan kebencian. Jangan cepat kecewa dengan usrah. Paling penting adalah kesungguhan membaikinya dengan cara penuh jernih, cinta dan penuh pengharapan!


Read more
Collapse

About the author

Muharikah (atau nama sebenarnya Dr Nur Aisyah Zainordin) mula berjinak dalam bidang penulisan seawal umur 15 tahun. Semasa menyambung pengajian sebagai pelajar perubatan di United Kingdom, beliau terlibat secara aktif bersama Grup Karyawan Luar Negara. Pada tahun 2007, Muharikah mula aktif menulis di dalam blognya iaitu muharikah.wordpress.com.


Setakat hari ini, beliau telah berjaya menghasilkan lapan buah karya antaranya novel Stigma (2018), Hidup Yang Aku Pilih (2017), danMuharikah The Comics (2015). Beliau juga berkhidmat sebagai Pakar Perubatan Perubatan Dalaman di Hospital Selayang. Bagi Muharikah atau Dr Aisyah, hidup ini adalah untuk menyampaikan Islam kepada segenap lapisan masyarakat.

IMAN bermula pada tahun 2012 sebagai sebuah kedai buku berjenamakan Imanshoppe. Setelah mendapat permintaan luar biasa daripada para peminat buku, IMAN mengembangkan sayapnya dengan membuka sebuah syarikat penerbitan buku – Iman Publication setahun setelah itu.

IMAN yang pada awalnya hanya mempunyai dua orang pekerja sepenuh masa, kini sudah disertai lebih daripada 30 orang.

Read more
Collapse
Loading…

Additional Information

Publisher
Iman Publication Sdn Bhd
Read more
Collapse
Pages
241
Read more
Collapse
ISBN
9789832423300
Read more
Collapse
Read more
Collapse
Best for
Read more
Collapse
Language
Malay
Read more
Collapse
Genres
Religion / Islam / Rituals & Practice
Read more
Collapse
Content protection
This content is DRM protected.
Read more
Collapse

Reading information

Smartphones and Tablets

Install the Google Play Books app for Android and iPad/iPhone. It syncs automatically with your account and allows you to read online or offline wherever you are.

Laptops and Computers

You can read books purchased on Google Play using your computer's web browser.

eReaders and other devices

To read on e-ink devices like the Sony eReader or Barnes & Noble Nook, you'll need to download a file and transfer it to your device. Please follow the detailed Help center instructions to transfer the files to supported eReaders.
©2020 GoogleSite Terms of ServicePrivacyDevelopersAbout Google|Location: United StatesLanguage: English (United States)
By purchasing this item, you are transacting with Google Payments and agreeing to the Google Payments Terms of Service and Privacy Notice.