Buku ini dihasilkan atas kesedaran bahawa perlunya ada pihak yang perihatin terhadap masalah pembelajaran khususnya dalam kalangan kanak-kanak pemulihan khas. Kejayaan penyelidikan ini adalah hasil bantuan dan sokongan banyak pihak, khususnya Universiti Malaya dan Kementerian Pendidikan Malaysia yang mengizinkan penyelidikan dijalankan oleh sekolah yang melaksanakan program pendidikan integrasi.