Apabila usia perkahwinan semakin bertambah, dirasakan tiada lagi kemanisan, kehangatan dan keharmonian seperti yang pernah dilalui sebelum itu. Segala-galanya menjadi semakin suram.
Melalui buku ini, Ustaz Pahrol Mohamad Juoi membawa kita meniti makna dan definisi cinta yang sebenar seterusnya memberi nasihat bagaimana untuk merawat keretakan cinta dalam rumah tangga.
Pada cinta ada racun, pada cinta juga ada penawar.
Buku ini sesuai dibaca sebagai sekuel kepada buku Bawa Cinta Kita Ke Syurga.
Ustaz Pahrol Mohd Juoi merupakan seorang penulis terkemuka yang sudah berkarya selama lebih daripada 30 tahun. Beliau telah menghasilkan 29 buah buku termasuklah buku ‘best seller’ berkaitan cinta dan perhubungan seperti Tentang Cinta, Satu Rasa Dua Hati dan Nota Hati Seorang Lelaki.
IMAN bermula pada tahun 2012 sebagai sebuah kedai buku berjenamakan Imanshoppe. Setelah mendapat permintaan luar biasa daripada para peminat buku, IMAN mengembangkan sayapnya dengan membuka sebuah syarikat penerbitan buku – Iman Publication setahun setelah itu.
IMAN yang pada awalnya hanya mempunyai dua orang pekerja sepenuh masa, kini sudah disertai lebih daripada 30 orang.