Balada Pyanhabib: Edisi Kemas Kini

· Malaysian Institute of Translation & Books
5.0
1 review
Ebook
184
Pages

About this ebook

Pyanhabib yang kadang menyelit, kadang menyerangguh, kadang menyelinap, kadang menyelusup di antara kita.

Ratings and reviews

5.0
1 review

About the author

Mohd Supyan bin Abdul Rahman (dilahirkan pada 27 Mei 1958) atau lebih dikenali sebagai Pyanhabib merupakan seorang pelakon dan penyair Malaysia, berasal dari Taiping, Perak.


Beliau dilahirkan di Taiping, Perak pada 27 Mei 1958 dengan nama Mohd Supyan bin Abdul Rahman. Katanya, pada 1973 beliau bercita-cita menjadi penyair, bercita-cita menjadi orang yang menulis puisi. Di usia 15 tahun, beliau berkongsi bergilir-gilir membaca akhbar Utusan Zaman bertulisan jawi di kedai runcit di kampung.


Melihat-membaca puisi-puisi yang menempel dalam ruangan cerpen dalam akhbar bertulisan jawi itu mendorong beliau bercita-cita menjadi seorang penyair. Beliau mula menaip puisi dengan menggunakan mesin taip Olivetti milik A. Latiff Mohidin di kamar Latiff di Anak Alam pada tahun 1976, lalu disiarkan oleh Usman Awang dalam Dewan Sastera pada tahun 1980-an. Dua buah kumpulan puisinya secara indie ialah Suara dan Saraf Dukaku. Balada Pyanhabib ialah koleksi terlengkap kepenyairan beliau.


Pyan hilang pendengarannya ketika berusia 12 tahun setelah diserang demam panas. Kehilangan pendengarannya ini yang menyebabkan Pyan terlalu rindu terhadap suara. Puisi 'Suara' ialah mukadimahnya untuk meletakkan dirinya sebagai penyair yang menyuarakan sesuatu dengan caranya sendiri. Bahasa Pyan dapat difahami dengan puisi 'Di Bawah Terik Siang Hari'. Puisi-puisi yang tertera dalam buku ini meliputi tahun 1975 hingga 2011. Namun, kekuatan sebenar Pyan adalah pada tahun 1975-1988. Puisi-puisi yang ditulis ketika di Anak Alam ialah puisi-puisi penuh luka dan bara.


Puisi yang membuka segala tabir kehidupan yang bernama Pyanhabib. Terlalu banyak rahsia yang perlu diuraikan dalam puisi-puisi kecilnya yang bersuara besar. Pyanhabib ialah wajah lain daripada puluhan penyair besar tanah air. Beliau tidak diselidiki secara mendalam. Puisi Pyan yang diasingkan daripada dunia glamor seorang artis. Suara surealisme dalam lelehan sahabat dan mentornya Latif Mohidin. Sama ada ITBM atau Dewan Bahasa dan Pustaka, sebuah kumpulan puisi Pyanhabib yang tiada memperkatakannya sebagai seorang pelakon filem, harus disegerakan penerbitannya. Pyanhabib harus dilihat sebagai 'Chairil Anwar' yang membawa aliran tersendiri dalam puisi-puisinya. Memberi makna kepada puisi Pyan sama artinya memberi kehidupan ke dalam dunia puisi yang bermutu tinggi.


Pada tahun 1986, beliau bersama-sama M. Nasir dan Nasir Jani terjun ke bidang lakonan menerusi filem Kembara Seniman Jalanan. Namun, bakat lakonannya benar-benar dipuji apabila muncul dalam filem arahan Rahim Razali yang berjudul Tsu Feh Sofiah yang sarat membawa falsafah keagamaan. Di Festival Filem Malaysia ke-7, Pyan telah dicalonkan untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem itu dan kemudiannya memenangi anugerah tersebut. Namun, beliau telah menolak penganugerahan tersebut atas alasan beliau terkilan tidak dipertandingkan menerusi filem "Kembara Seniman Jalanan". Beliau menjadi satu-satunya pelakon Malaysia yang menolak pengiktirafan tertinggi dalam industri filem di negara ini sehingga kini. Arshad Mahuri dipilih juga untuk menerima anugerah yang sama pada acara tersebut.

Rate this ebook

Tell us what you think.

Reading information

Smartphones and tablets
Install the Google Play Books app for Android and iPad/iPhone. It syncs automatically with your account and allows you to read online or offline wherever you are.
Laptops and computers
You can listen to audiobooks purchased on Google Play using your computer's web browser.
eReaders and other devices
To read on e-ink devices like Kobo eReaders, you'll need to download a file and transfer it to your device. Follow the detailed Help Center instructions to transfer the files to supported eReaders.