Perempuan-perempuan ini;
Berimpian tinggi dalam membesarkan anak, di samping sibuk menguruskan keluarga. Sepertimana ibu Maryam.
Perempuan-perempuan ini;
Bekerja bersungguh-sungguh untuk memberi manfaat kepada orang lain, namun tetap menjaga kehormatan dan kemuliaan diri.
Sepertimana dua perempuan Madyan.
Perempuan-perempuan ini;
Berani membuat keputusan dengan fikiran yang jelas dan kritikal, dalam memimpin dan mempengaruhi masyarakat di luar sana.
Sepertimana Pemaisuri Saba’.
Melalui buku ini, Ustaz Syaari Ab Rahman dan Puan Nurul Suhadah Shuib membawakan kisah-kisah perempuan dalam al-Quran yang berbudi dalam pelbagai aspek dan relung kehidupan. Diharapkan melalui kisah-kisah ini, perempuan masa kini lebih yakin dan percaya bahawa setiap apa yang diusahakan mereka itu sesuatu yang bermakna di sisi Allah SWT.
Muhamad Syaari Ab Rahman merupakan seorang graduan Sarjana Muda Bahasa & Sastera Arab dan Sarjana Pengajian Al-Quran & Al-Sunnah. Selain aktif menulis buku, beliau juga sedang membina Tadabbur Centre agar menjadi pusat pembelajaran interaktif dan moden kepada ilmu tafsir dan takwil Al-Quran.
Nurul Suhadah Shuib merupakan graduan Sarjana Muda Undang-Undang & Syariah Undang-Undang. Beliau yang merupakan pengasas komuniti Suri Membaca juga terlibat aktif dalam pelbagai aktiviti pemberdayaan wanita.