Soneta di Hujung Senja

Malaysian Institute of Translation & Books
Free sample

Soneta di Hujung Senja mempersembahkan teknik “novel drama remaja” yang julung-julung kali diterbitkan sebagai halwa minda para remaja. Penulis novel-drama remaja ini bukan sekadar bereksperimen dengan teknik penggabungan dua genre, malah beliau juga sedar sepenuhnya akan kepentingan mendidik generasi muda supaya saling menghormati antara makhluk-Nya dengan alam yang dipinjam daripada-Nya.


Berkisar tentang baik buruknya hati dan tindak-tanduk manusia dalam memelihara kelestarian alam, karya yang sarat dengan nilai ini bukan sahaja mengintegrasikan flora dan fauna dengan manusia bahkan juga makhluk yang sering dianggap tiada, tetapi ada!

Read more
Collapse

About the author

ZAKARIA M.Z. atau nama sebenarnya, Zakaria Mohd. Yassin dilahirkan di Kampung Tanjung Rimau, Alor Gajah, Melaka. Dalam dunia penulisan, beliau turut dikenali dengan nama pena Maya Zuhrah dan T.R. Jaafar.


Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Padang Sebang, Melaka (1951–1953) sebelum menyambung pelajarannya ke Sekolah Melayu Port Swettenham, Selangor (1954–1956), Sekolah Melayu Paya Bunga, Kuala Terengganu (1957) dan Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu (1958–1963). Kemudian, beliau menyambung pengajiannya pada peringkat tinggi di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang (1977–1980). Beliau juga pernah mengikuti program Training of Trainers for Science Writing, Malaysia (1986) dan Training for Trainers, Cologne, Jerman (1986).


Pesara kerajaan ini pernah bertugas sebagai Pembantu Sidang Pengarang, Oxford University Press, Kuala Lumpur (1964–1967); Subeditor, Jabatan Penerangan Malaysia, Kuala Lumpur (1967–1970); Pembantu Siaran, Jabatan Penyiaran Malaysia, Klang (1971–1989); Pegawai Penerbitan Rancangan, Jabatan Penyiaran Malaysia, Angkasapuri (1980–1986); Pegawai Latihan, Institut Penyiaran Tun Abdul Razak, Angkasapuri (1986–1992); Ketua Sekretariat RTM, Angkasapuri (1992–1997); dan Pengarah Institut Penyiaran Tun Abdul Razak, Angkasapuri (1997–1999).


Semasa bertugas di IPTAR, baik sebagai Pegawai Latihan mahupun sebagai Pengarah, beliau terlibat dalam pengendalian kursus serta bengkel sebagai penyelaras dan tenaga pengajar dalam bidang penyiaran radio dan penulisan skrip serta penerbitan drama radio dan TV. Beliau juga turut mengendalikan kursus serta bengkel penulisan skrip drama radio dan TV di IPTAR, RTM Sabah, RTM Sarawak, RTM Kedah, RTM Pahang, dan di Kota Bharu anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.


Cerpen “Aminah Kehausan” merupakan karya pertama beliau yang tersiar di akhbar Berita Harian pada tahun 1962. Ketika itu, beliau bersekolah di Tingkatan Empat, Sekolah Menengah Sultan Sulaiman. Bermula dari situlah karya-karya beliau sering mendapat tempat di akhbar Berita Harian dan Berita Minggu, Mastika (Utusan Melayu), Dewan Sastera (DBP), dan Pemimpin (Kementerian Kebudayaan) sehingga tahun 1971.


Antara karya beliau yang telah diterbitkan termasuklah Si Tora Harimau Jadian (penceritaan kembali diterbitkan oleh Penerbitan Angkatan Baru 1965), Bumi Harapan (Pustaka Nasional 1970), dan Di Bawah Langit Biru 1 (Nuhaus Publications 1996). Beliau turut berkongsi karyanya dalam buku antologi, antaranya Di Atas Pentas (Tra Tra Publication 1984), Cerita-cerita dari Australia (DBP 1974), Benda Ajaib di Balik Tabir (DBP 1974) dan Sayembara V (DBP 1984).


Beliau turut menghasilkan lebih daripada 400 Drama Radio Bersiri – siri “Taman Malaysia” (27 Episod) terbitan Radio Pendidikan, siri “Taman Malaysia II” (250 Episod) terbitan Radio 1, siri “Rabiatul Taksiah Mansor” (50 Episod) terbitan Radio 1, dan siri “Mat Bendul” (28 Episod) terbitan RTM Melaka. Selain itu, beliau juga menulis siri mini untuk drama radio berjudul “Mahligai Kaca” (5 Episod), “Badai” (5 Episod), “Kasih Laksana Mutiara” (5 Episod), dan “Hang Nadim” (5 Episod) yang kesemuanya diterbitkan oleh RTM Selangor. Di samping itu, karya-karyanya juga banyak mewarnai siaran Panggung Drama (Radio 1) dan Drama TV.


Dalam bidang penterjemahan pula, beliau terlibat dalam menterjemahkan karya-karya William Shakespeare seperti Macbeth, Saudagar Venice, Topan, dan Antony dan Cleopatra. Drama-drama Shakespeare ini diterbitkan oleh Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur sekitar tahun 1970-an.

Read more
Collapse
Loading...

Additional Information

Publisher
Malaysian Institute of Translation & Books
Read more
Collapse
Published on
Jun 1, 2019
Read more
Collapse
Pages
194
Read more
Collapse
ISBN
9789674607722
Read more
Collapse
Read more
Collapse
Best For
Read more
Collapse
Language
Malay
Read more
Collapse
Genres
Juvenile Fiction / General
Juvenile Fiction / Performing Arts / Theater
Read more
Collapse
Content Protection
This content is DRM protected.
Read more
Collapse

Reading information

Smartphones and Tablets

Install the Google Play Books app for Android and iPad/iPhone. It syncs automatically with your account and allows you to read online or offline wherever you are.

Laptops and Computers

You can read books purchased on Google Play using your computer's web browser.

eReaders and other devices

To read on e-ink devices like the Sony eReader or Barnes & Noble Nook, you'll need to download a file and transfer it to your device. Please follow the detailed Help center instructions to transfer the files to supported eReaders.
©2019 GoogleSite Terms of ServicePrivacyDevelopersArtistsAbout Google|Location: United StatesLanguage: English
By purchasing this item, you are transacting with Google Payments and agreeing to the Google Payments Terms of Service and Privacy Notice.