Tanpa banyak soal, mereka terus mendaftar dan menandatangani kontrak untuk menyertai program yang menjanjikan hadiah wang tunai yang lumayan itu tanpa mengetahui risiko serta ujian yang sedang menanti mereka di sebuah pulau misteri.
im Mekanika adalah pasukan projek komik yang diketuai oleh Dr. Luqman Hakim Ahmad Shah, pensyarah kanan di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif (FTKMA), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA). Pasukan ini telah menghasilkan dua judul komik pendidikan yang berjudul Survival Statics. Dua komik ini kemudiannya diterjemah ke dalam bahasa Melayu dan diterbitkan oleh Komik-M.