Lydia mahu menyertai sayembara menulis novela yang dianjurkan oleh Panitia Bahasa Melayu, Sekolah Tinggi Rivera. Tahun ini, dia berazam mahu mendapat hadiah tempat utama iaitu sebuah komputer riba, tetapi Lydia kebuntuan idea. Tahun ini juga, dia tidak akan memplagiat mana-mana karya untuk menang seperti tahun lepas, dikhuatiri kelayakannya bagi pertandingan itu dibatalkan.
Untuk mencari ilham, Lydia pergi ke Perpustakaan Warisan mencari sumber dan meminjam buku-buku rujukan untuk menulis. Tetapi, sebaliknya yang terjadi apabia dia terjumpa sebuah buku manuskrip lama yang terbiar dan tidak sempat disiapkan oleh penulis terdahulu. Lydia tertarik dengan jalan ceritanya meskipun tiada penghujung; dia mahu olah dan menggabungkan idea yang ada di dalamnya.
Sesuatu mula terjadi selepas Lydia meminjam buku manuskrip tersebut. Ia seakan sebuah sumpahan. Dia perlu masuk ke dalam cerita dalam buku itu untuk membantu watak utama, yakni Nana melepaskan diri daripada cengkaman bapanya yang tamak. Jika gagal menyelesaikan cerita hingga penamat, selamanya Lydia akan terperangkap di dalam manuskrip terbiar itu.
Ke manakah pengembaraan Lydia dan Nana akan berlangsung? Adakah Lydia berjaya keluar dari dalam dunia Nana dan menamatkan cerita penulis terdahulu dengan baik?