Asmakpreneur: Buletin Usahawan Asmak

 "Mulakan dengan apa yang ada di tangan dan terus besarkan bisnes, tak perlu gentar dan takut dengan cabaran" - Mohd Selodi Md Ghazali @En Eddy
  Pengarah Urusan MHAMSB


"Seorang leader sentiasa bergerak pantas dan merebut peluang yang ada bukan untuk diri sendiri semata, tetapi untuk teamnya sekali"
Nor Fazilah Abd Mohd @Nfam
  CEO MHAMSB
Read more

About the author

Assalamualaikum wbt 
Salam sejahtera

Alhamdulillah, akhirnya impian untuk melihat Buletin Asmak terbit menjadi realiti. Ini adalah satu permulaan buat semua pengedar terutamanya yang mempunyai bakat untuk menulis mahupun yang tidak menyedari kebolehan mereka untuk menulis. 

Saya sentiasa berusaha untuk cuba mencungkil bakat-bakat dan kebolehan para pengedar Asmak. Sebelum ini saya sering menggalakkan mereka untuk menulis, mengajar mereka serba sedikit tip menulis dan menaja mereka menyertai kelas penulisan.

Ramai pengedar yang memberikan respon yang sangat baik dan cuba mengasah bakat mereka. Tak kurang juga yang memang mempunyai kebolehan untuk menulis. Pesanan selalu diberikan supaya tak menunggu untuk sempurna jika mahu menulis. Tulislah apa sahaja, asalkan yang memberi manfaat kepada orang lain. Kadangkala kita berasa kurang yakin untuk menulis dan tertanya-tanya ada ke orang nak baca? Jawapannya sudah tentu ada.

Pokoknya tulis sahaja. Mulakan dengan penulisan yang paling anda suka. Tip mudah, senaraikan tajuk-tajuk yang anda nak tulis dan mulakan deraf isi-isinya. Kemudian anda susunkan subtopik tersebut lalu bila tiba masa untuk menulis anda hanya perlu keluarkan idea tersebut.


Biasa orang yang suka menulis ini, ada banyak idea untuk dikeluarkan, masalah mereka ialah untuk menyusun idea tersebut dan mengolahnya dalam bentuk penulisan. Jadi cara terbaik ialah dengan merancang dengan baik penulisan anda dari segi susunan idea, masa dan target sasaran. 

Jika anda masih rasa kemahiran menulis kurang, maka banyakkan membaca. Membaca itu bukan sahaja menambah ilmu, tetapi menambah ketajaman fikiran.

Saya amat suka dan berbesar hati melihat team pengedar yang suka menulis kerana pada saya menulis bukan matlamatnya semata untuk membuat duit, tetapi membina kredibiliti dan sebagai salah satu usaha meninggalkan penulisan yang baik untuk tatapan generasi pada masa akan datang.
 
Akhir kata, saya ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam penerbitan Buletin Asmak ini dan semoga kita akan istiqomah dengan apa jua yang diusahakan dan akan ada siri kedua dan seterusnya. Semoga memberi manfaat kepada semua, insyaAllah. 

Nor Fazilah Abd Mohd ,
CEO dan Founder Asmak,
MHAMSB

Read more
5.0
8 total
Loading...

Additional Information

Publisher
Sebooku.com
Read more
Pages
50
Read more
Read more
Best For
Read more
Language
English
Read more
Content Protection
This content is DRM protected.
Read more

Reading information

Smartphones and Tablets

Install the Google Play Books app for Android and iPad/iPhone. It syncs automatically with your account and allows you to read online or offline wherever you are.

Laptops and Computers

You can read books purchased on Google Play using your computer's web browser.

eReaders and other devices

To read on e-ink devices like the Sony eReader or Barnes & Noble Nook, you'll need to download a file and transfer it to your device. Please follow the detailed Help center instructions to transfer the files to supported eReaders.
©2018 GoogleSite Terms of ServicePrivacyDevelopersArtistsAbout Google|Location: United StatesLanguage: English (United States)
By purchasing this item, you are transacting with Google Payments and agreeing to the Google Payments Terms of Service and Privacy Notice.