Abang King Kontrol

· GedeBook
4.0
105 reviews
Ebook
735
Pages

About this ebook

Ini bukan kisah biasa. Kisah jodoh pertemuan yang tidak disangka antara Irdina Ilmuna dan Razif. Pertemuan demi pertemuan bukan mengundang bibit-bibit cinta, tetapi hanyalah rasa benci yang semakin mendalam.

Manusia merancang, Tuhan menentukan. Siapa sangka hanya dengan salah faham yang kecil, mereka disatukan ibarat kahwin ekspres. Terpaksa pula berkampung di pusat permindahan banjir sehari selepas berkahwin. Luar biasa, bukan?

Betullah kata orang, bercinta selepas kahwin lebih membahagiakan. Ya, Irdina rasa bahagia. Hanya luaran nampak bahagia, tetapi dalam hati siapa yang tahu. Hidup Irdina dikawal sepenuhnya.

“Kenapa aku rasa makin kecewa dan sedih padahal dalam hidup aku segala-galanya ada. Kemewahan, kasih sayang, dan perlindungan melimpah ruah. Tetapi kenapa perasaan aku makin hari makin pilu? Luaran bahagia tetapi dalam hati aku menderita. Ramai kata aku bertuah kerana dapat suami dan keluarga yang penyayang. Tapi hakikatnya aku tak bahagia.”

Berpuluh nasihat diberi kepada Razif, tetapi ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Semakin hari, kawalan Razif semakin teruk. Bukan hanya pakaian dan makanan, malah pergaulan dan perkara yang disukai Irdina juga disekat. Irdina semakin terkongkong.

“Masalah apa? Takkan nak masuk tandas pun dia kena pilih? Berpadalah nak kawal bini pun. Ini tak, semua benda dia tentukan. Dalam, luar semua nak kontrol. Kalau saya… dah lama meletup. Kita pun manusia, bukan robot. Dia tu dah macam Abang King Kontrol.”

Bagi Razif, semua yang dibuatnya untuk kebaikan Irdina juga, sehinggakan berkawan dengan sepupu lelaki sendiri juga tidak dibenarkan. Haram katanya. Irdina hanya boleh berkawan dengan dua kawan baiknya sahaja. Akaun Facebook ditutup. Minum air bandung tidak dibenarkan. Memandu dilarang. Wajib berhenti kerja. Pakai baju warna pink pun haram.

“Razif tak pernah anggap dia hamba. Tapi kalau dia dah tak mahu tinggal dengan Razif dan ikut semua yang Razif kata, dia boleh berhambus dari sini!”

Ratings and reviews

4.0
105 reviews
Natt Brave
December 15, 2014
Walaupn duit dh pokai tpi berpuas hati sangat sbb dpt bli novel sis ni ^^
Nor Idayu
January 8, 2015
Jalan crita mnarik sgt3...xrugi bli.
Dona Lowii Madon
December 3, 2014
gaya penulisan agak kurang menarik minat.

About the author

Dilahirkan di Taiping, Perak. Mendapat pendidikan perguruan di Maktab Perguruan Ilmu Khas dan Maktab Perguruan Teknik Kuala Lumpur. Minat menulis sejak di bangku sekolah dan pernah menghasilkan beberapa cerpen. Menghentikan minat untuk sekian lama bagi menumpukan perhatian kepada keluarga dan kerjaya.

Aktif menulis semula pada tahun 2010. Novel pertama diterbitkan pada Disember 2012 bertajuk I Love You Cikgu (Buku Prima). Menghasilkan cerpen bertajuk Setitis Kasih Melenyap Dendam dalam antologi Hujan Turun Lagi dan Aku Tak Tahu antologi Jiwa Kacausiri 2 (genre seram). Antologi cerpen kanak-kanak bertajuk Satu Hari Satu Cerita siri 8 akan diterbitkan tidak lama lagi. Mula menulis dengan Gedebook Sdn. Bhd. sejak Januari 2014.

Reading information

Smartphones and tablets
Install the Google Play Books app for Android and iPad/iPhone. It syncs automatically with your account and allows you to read online or offline wherever you are.
Laptops and computers
You can listen to audiobooks purchased on Google Play using your computer's web browser.
eReaders and other devices
To read on e-ink devices like Kobo eReaders, you'll need to download a file and transfer it to your device. Follow the detailed Help Center instructions to transfer the files to supported eReaders.