Sekiranya anda biasa menggunakan perisian MS Word maka anda sangat sesuai untuk menggunakan panduan ini kerana sangat mudah difahami, dilengkapi dengan gambarajah-gambarajah yang menerangkan sesuatu tajuk dengan langkah demi langkah untuk kefahaman anda.
Memandangkan banyak panduan untuk menukar format fail Word ke PDF ditawarkan secara atas talian, maka bagi mereka yang mempunyai masalah talian internet, ini merupakan alternatif kepada penyelesaian masalah anda.
Shah Iskandar merupakan penulis baru dan mempunyai pendidikan Diploma Sains Komputer dan Ijazah Sarjana Muda. Beliau menulis buku-buku panduan asas untuk memberikan penyelesaian kepada masalah-masalah biasa yang dihadapi oleh sahabat-sahabatnya. Semoga buku ini memberikan manfaat kepada anda.