Satu hari, nenek bawa kami ke kebun. Indah sungguh pemandangan di situ yang menghijau dengan pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan. Kami turut membantu nenek memetik beberapa hasil tanaman. Alangkah gembiranya dapat menikmati semua itu secara percuma. Jika dijual, boleh dapat duit pula!
Disebabkan itu, kami berangan-angan mahu ada kebun sendiri seperti nenek. Tanpa disangka, nenek berikan kami satu sudut di kebun itu untuk kami bercucuk tanam.
Wah, ini sungguh mengujakan! Tapi, saya dan adik tidak tahu apa-apa tentang berkebun. Apa kami berdua patut buat? Ayuh, ikuti kisah kami dan kebun nenek dalam buku ini.