Mia, yang kehilangan kedua-dua orang tuanya mengharungi hidup dengan serba kekurangan bersama-sama Survivor lain di Ultra Boulevard. Bertahan dengan segala daya yang ada, demi masa depan yang tiada harapan. Namun, kelam yang dirasa akhirnya memberikan cahaya apabila dia bertemu seorang anak kecil di sebuah bangunan tinggal. Terpanggil rasa manusiawi, dia membelanya sehingga besar dan memanggilnya Fiffy. Sempena nama yang tertera pada loket di lehernya.
Meski terpaksa berdepan dengan ancaman kelaparan, manusia terjangkiti yang digelar Crawler dan manusia Survivor yang rakus serta mementingkan diri, Mia tetap bersemangat mengharungi hidup bersama Fiffy. Sehinggalah Fiffy mula bersikap aneh dan disyaki dijangkiti virus yang akan mengubahnya menjadi Crawler...
Penulis dari bumi Borneo yang gemarkan dunia fiksyen sedari masih anak-anak. Bercita-cita hendak cuba menulis semua jenis genre. Boleh ikuti perkembangan semasa penulis di Instagram dan Facebook Tey Marzuki.