SYARAT PERKHIDMATAN KAD HADIAH GOOGLE PLAY® DAN PRABAYAR PLAY BALANCE - December 13, 2018

1. Kelayakan dan Penebusan. Kad Hadiah Google Play ("Kad Hadiah") dan pra bayar Play Balance termasuk kad hadiah Google Play yang telah ditebus, tambahan nilai dan kod hadiah ("Tambahan Nilai") hanya sah untuk pengguna yang berumur 13 tahun ke atas dan pengguna yang bermastautin di Malaysia. Kad hadiah dan Tambahan Nilai dikeluarkan oleh Google Payment Malaysia Sdn. Bhd. ("GPMY"). Untuk menebus Kad Hadiah atau Tambahan Nilai, anda memerlukan akses kepada Internet dan anda perlu layak untuk mendapatkan serta mempunyai atau membuka akaun Google Payments bagi bidang kuasa yang dinyatakan dalam syarat ini. Bagi pengguna yang berumur di antara 1317 tahun, pendaftaran Google Payments anda adalah terhad kepada penebusan Kad Hadiah dan Tambahan Nilai sematamata. Kad Hadiah dan Tambahan Nilai mesti ditebus untuk pembelian produk yang layak di https://play.google.com. Pembelian akan ditolak daripada baki Google Play. Sebarang baki Google Play yang tidak digunakan akan disimpan dalam akaun Kad Hadiah penerima apabila ditebus. Google mungkin menyediakan maklumat tentang status penebusan Kad Hadiah atau Tambahan Nilai yang dibeli kepada pembeli Kad Hadiah dan Tambahan Nilai itu.

2. Pengehadan. Kad Hadiah atau Tambahan Nilai boleh digunakan untuk pembelian item yang layak di Google Play sahaja. Had mungkin dikenakan terhadap penebusan dan penggunaan. Item yang tidak layak untuk pembelian menggunakan Kad Hadiah atau Tambahan Nilai termasuk item tertentu dalam bahagian "Peranti" di Google Play (contohnya, telefon, tablet dan aksesori peranti yang berkaitan) dan langganan tertentu, lihat Help Center untuk mendapatkan maklumat lanjut. Kad Hadiah atau Tambahan Nilai tidak boleh ditunaikan atau ditebus dengan kad lain, tidak boleh ditambah nilai atau dibayar balik (melainkan pembayaran balik bagi penutupan akaun atau disebabkan oleh kesalahan teknikal yang menyebabkan caj yang salah), tidak boleh digabungkan dengan baki bukan Google Play yang lain dalam akaun Google Payments anda dan tidak boleh dijual semula, ditukar atau dipindahkan untuk nilai, melainkan jika dikehendaki oleh undangundang. Jika baki Google Play anda tidak mencukupi untuk membayar harga item di Google Play, anda boleh menggunakan kad kredit atau debit untuk membeli Tambahan Nilai supaya anda boleh melengkapkan pembayaran anda untuk item tersebut. Anda juga boleh menambah nilai Kad Hadiah lain untuk melengkapkan pembelian anda atau menggunakan cara pembayaran yang lain untuk membeli item. Setelah Kad Hadiah atau Tambahan Nilai dibeli, risiko kehilangan dan hak milik Kad Hadiah atau Tambahan Nilai akan dipindahkan kepada pembeli atau penerima hadiah, yang mana berkaitan. GPMY menafikan semua jaminan nyata atau tersirat berkaitan dengan Kad Hadiah atau Tambahan Nilai dan Google Play. Syarat Kad Hadiah atau Tambahan Nilai mungkin tertakluk kepada perubahan mengikut budi bicara kami sepenuhnya. Sebarang perubahan akan dikomunikasikan kepada anda melalui https://play.google.com/intl/ALL_my/about/card-terms.html, sekurang-kurangnya 21 hari sebelum perubahan berlaku

3. Tiada Bayaran atau Tamat Tempoh. Tiada bayaran atau tarikh tamat tempoh dikenakan pada Kad Hadiah atau Tambahan Nilai ini. Sebarang nilai Google Play yang dibayar balik, jika berkenaan, akan dikreditkan semula ke baki Google Play anda untuk kegunaan pada masa hadapan menurut syarat yang sama, melainkan dikehendaki sebaliknya oleh undangundang.

4. Penipuan. GPMY tidak bertanggungjawab jika Kad Hadiah atau Tambahan Nilai hilang, dicuri, musnah atau digunakan tanpa kebenaran anda. GPMY berhak menutup akaun pelanggan dan mengeluarkan bil bagi cara pembayaran alternatif jika Kad Hadiah atau Tambahan Nilai yang diperoleh melalui penipuan ditebus dan/atau digunakan untuk membuat pembelian di Google Play.

5. Bantuan dan Khidmat Pelanggan Dalam Talian. Untuk melihat baki Google Play anda, layari https://payments.google.com. Untuk bercakap dengan khidmat pelanggan, hubungi kami di talian 18554664438.

6. Pengehadan Liabiliti. GPMY tidak membuat sebarang jaminan nyata atau tersirat, termasuk jaminan pemerdaganganatau kesesuaian bagi tujuan tertentu, ke atas Kad Hadiah atau Tambahan Nilai. Sekiranya Kad Hadiah atau Tambahan Nilai tidak berfungsi, satusatunya remedi anda dan liabiliti GPMY adalah penggantian Kad Hadiah atau Tambahan Nilai tersebut, tertakluk kepada undangundang yang berkenaan. Jika anda tinggal di negeri yang tidak membenarkan pengehadan liabiliti terhadap jaminan tersirat atau tidak membenarkan pengecualian atau pengehadan kerugian tertentu, maka sesetengah atau semua penafian mungkin tidak akan dikenakan terhadap anda dan anda mungkin mempunyai hak tambahan.

7. Syarat Umum. Syarat ini menggabungkan dan tertakluk kepada Syarat Perkhidmatan Google Play. Penggunaan perkhidmatan yang dihuraikan di dalam ini, selanjutnya tertakluk kepada syarat perkhidmatan bagi Google Payments dan Dasar Privasi Google. Apabila anda membeli, menerima atau menebus Kad Hadiah atau Tambahan Nilai, anda bersetuju bahawa undangundang Negeri California akan dilaksanakan, tanpa mengambil kira prinsip percanggahan undangundang dan bahawa undang undang tersebut akan mentadbir terma dan syarat Kad Hadiah dan Tambahan Nilai ini. GPMY berhak mengubah terma dan syarat ini dari semasa ke semasa mengikut budi bicaranya, setakat yang dibenarkan oleh undang-undang. Sebarang perubahan akan dikomunikasikan kepada anda secara bertulis melalui https://play.google.com/intl/ALL_my/about/card-terms.html, sekurang-kurangnya 21 hari sebelum perubahan berlaku.