Aplikasi Tabung Baitulmal Sarawak ini merupakan satu aplikasi mobil yang dibangunkan oleh Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan-pelanggan TBS. Aplikasi ini memungkinkan setiap pelanggan membuat bayaran zakat dengan cara yang sangat mudah sekali. Pembayaran dapat dilakukan dengan bayaran melalui internet pembankan atau dengan dompet elektronik seperti Sarawak, Pay, Boost, TnG dan lain-lain. Selain itu, aplikasi ini juga mengizinkan pelanggan (asnaf) memohon bantuan agihan.