Alkitab Versi Borneo | Alkitab

50K+
Téléchargements
Classification du contenu
Tout public
Capture d'écran
Capture d'écran
Capture d'écran
Capture d'écran
Capture d'écran
Capture d'écran
Capture d'écran

À propos de l'application

***Pengembangan aplikasi ini dihentikan dan aplikasi ini tidak lagi akan menerima kemas kini.***

Kami mengesyorkan agar anda memasang aplikasi baharu kami yang mempunyai sistem pembelajaran Bible bersepadu yang berinteraksi dengan aplikasi lain seperti Tafsiran (Commentaries), Kamus Alkitab (Bible Dictionaries), Alkitab PEDIA (Biblical Summaries/Surveys), dan Peta Alkitab (Bible Maps).

Klik pautan di bawah untuk memuat turun aplikasi baharu ini dari Gedung Google Play.
https://play.google.com/store/apps/details?id=org.mysabda.bible

========================================

ALKITAB VERSI BORNEO, ALKITAB BAHASA MELAYU
disampaikan dalam bahasa yang bermutu, lancar dan menawan, utk berbicara kepada generasi masa kini dalam bahasa hati mereka sendiri.

AVB merupakan satu terjemahan dalam Bahasa Malaysia yang mengambil tempoh masa sepanjang 15 tahun untuk disempurnakan. Terjemahan yang menepati kejituan kepada teks asal dianggap sebagai satu kemestian untuk menyumbang ke arah membina gereja Malaysia.

“Saya sering memberitahu ramai orang, bahawa banyak terjemahan lain menerangkan pikiran, tetapi AVB berbicara kepada hati.”
- Presiden Trinity Annual Conference, Gereja Methodist Malaysia, Rev. T. Jeyakumar.

BERJIWA MALAYSIA
Apabila usaha penterjemahan hampir siap, para penterjemah yang beroperasi Semenanjung Malaysia menyedari bahawa rakan-rakan yang sejiwa dari Sabah & Sarawak penting untuk memelok dan memelihara terjemahan baru ini.

Tuhan menggerakkan hati pemimpin-pemimpin seperti Datuk Rev. Jerry Dusing daripada Sidang Injil Borneo (SIB), yang telah lama mendesak supaya diadakan terjemahan Alkitab dalam BM yang bermutu tinggi. Dalam waktu Tuhan yang sempurna, kedua-dua pihak, dari Barat dan Timur, bertemu dan memulakan penubuhan 'Literature and Bible Network' (LAB Network), dengan misi untuk menerbitkan Alkitab BM baru, dan juga menghasilkan sumber-sumber Alkitabiah yang lain.

Dengan inisiatif-inisiatif yang sehaluan, dan semangat serta misi yang sama dari Malaysia Timur dan Malaysia Barat, kita memperlihat Alkitab Versi Borneo sebagai Alkitab berjiwa Malaysia.

PROSES PENTERJEMAHAN
TUHAN menyediakan satu pasukan nukleus yang terdiri daripada penterjemah utama dan penterjemah professional yang memulakan kerja pada tahun 1998. Ahli linguistik dan para pendidik yang berkelayakan tinggi dalam bahasa Melayu klasik dan moden menyumbangkan kepakaran mereka dalam mengindahkan seni bahasa dan mengukuhkan kejelasan makna perkataan, manakala penterjemah-penterjemah yang lain menumpukan perhatian yang lebih kepada ketepatan teologi dan kesetiaan kepada maksud asal penulis kitab. Draf teks Alkitab kemudian diuji oleh penutur-penutur asli. Semakan selanjutnya dibuat oleh pasukan konsultan yang terdiri daripada pakar-pakar Bahasa Ibrani, Yunani dan ahli teologi.

Selanjutnya, perisian penterjemahan Alkitab yang terkini digunakan sepenuhnya untuk menyelaraskan perbendaharaan kata, istilah-istilah alkitabiah yang utama dan perenggan-perenggan ayat suci yang selari atau berulang di beberapa tempat, supaya menepati kejituan penterjemahan berasaskan teks dalam bahasa asalnya.

Tidak ketinggalan juga ialah pemimpin-pemimpin gereja utama yang memberi penyeliaan dan dukungan spiritual kepada pasukan penterjemah sepanjang tempoh projek.

Kami memperakukan AVB sebagai sebuah Alkitab yang tinggi mutunya, dalam bahasa yang lancar dan menawan untuk dinikmati oleh generasi baru.

Segala pujian kepada TUHAN!

Yohanes
admin@borneosabda.org
= Alkitab Bahasa Malaysia, Alkitab BM, Alkitab Bahasa Melayu, Malay Bible, Authorized Malay Version, BM Bible, Borneo Bible =
Date de mise à jour
14 ɔtb 2018

Sécurité des données

La sécurité, c'est d'abord comprendre comment les développeurs collectent et partagent vos données. Les pratiques concernant leur confidentialité et leur protection peuvent varier selon votre utilisation, votre région et votre âge. Le développeur a fourni ces informations et peut les modifier ultérieurement.
Aucune donnée partagée avec des tiers
En savoir plus sur la manière dont les développeurs déclarent le partage
Aucune donnée collectée
En savoir plus sur la manière dont les développeurs déclarent la collecte

Nouveautés

***Aplikasi ini sudah dihentikan dan tidak lagi akan menerima kemas kini.***

Kami mengesyorkan agar anda memasang aplikasi baharu kami yang mempunyai sistem pembelajaran Bible bersepadu yang berinteraksi dengan aplikasi lain seperti Tafsiran, Kamus Alkitab, Alkitab PEDIA, dan Peta Alkitab.

Klik pautan di bawah untuk memuat turun aplikasi baharu ini dari Gedung Google Play.
https://play.google.com/store/apps/details?id=org.mysabda.bible