Aplikasi ini adalah untuk membantu komuniti Pekak OKU dalam mempelajari asas agama Islam menggunakan Bahasa Isyarat Malaysia tertumpu kepada kanak-kanak berumur 6-12 tahun.
Aplikasi ini menyediakan kaedah pembelajaran langkah demi langkah untuk pemahaman pengguna dan pengguna boleh menjawab kuiz yang disediakan secara percuma. Aplikasi ini tidak memerlukan penggunaan internet yang berterusan, cukup satu muat turun sahaja.
Aplikasi berasaskan teknologi Augmented Reality (AR) ini sesuai untuk kanak-kanak dan semua orang yang baru mempelajari bahasa isyarat. Animasi 3D melalui teknik imbasan boleh dilakukan berulang kali untuk tujuan pembelajaran dan penerangan turut disediakan.
Dikemas kini pada
4 Ogo 2024