Cerapan Matahari adalah satu kaedah pengukuran bagi menentukan azimuth garisan secara astronomical, iaitu dengan melakukan tilikan ke matahari.
Cerapan matahari boleh dilakukan sama ada di waktu pagi atau petang. Bagaimanapun altitud cerapan ke matahari hendaklah sekurang-kurangnya 10°.
Sekurang-kurangnya dua (2) set cerapan yang berterusan, dengan setiap set cerapan mengandungi dua (2) purata ke tengah matahari di penyilang kiri dan kanan. Set ketiga (3) hendaklah diambil sekiranya perbezaan bearing grid antara set pertama (1) dan set kedua (2) melebihi 10”.
Dikemas kini pada
17 Feb 2025