Just Good Work

50K+
Muat turun
Rating kandungan
Semua orang
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin

Perihal apl ini

KINI DISEDIAKAN BAGI PERJALANAN KE: Malaysia, United Kingdom, Poland, Qatar, Romania, Emiriah Arab Bersatu & Arab Saudi

DARI: Albania, Bangladesh, Bulgaria, Croatia, Indonesia, Kenya, Myanmar, Nepal, Poland, Rusia, Serbia, Ukraine, Uganda, Vietnam.

Just Good Work adalah merupakan sebuah aplikasi mudah alih interaktif secara percuma yang menyediakan maklumat kritikal dan nasihat kepada para pekerja untuk sebarang maklumat yang diperlukan dalam perjalanan ke tempat kerja, bermula daripada proses perekrutan pekerja kepada dunia pekerjaan dan kehidupan di destinasi baharu serta proses berpindah atau kembali ke negara asal.

Ia menyediakan maklumat kepada anda tentang hak dan tanggungjawab semasa proses perekrutan di negara asal dan pekerjaan di luar negara beserta dengan panduan untuk mengakses sebarang bantuan sekiranya diperlukan. 

SENTIASA PERCUMA. MUAT TURUN UNTUK MENGGUNAKANNYA DILUAR TALIAN

BAHASA: Inggeris, Romania, Bulgaria, Poland, Albania, Ukraine, Rusia, Serbia, Gujerat, Kiswahili, Nepal, Benggali, Bahasa Melayu, Bahasa Indonesia, Vietnam, Burma. 

Beberapa jenis bahasa dan senarai negara baharu akan ditambah dalam beberapa bulan akan datang dan akan diberitahu kepada pengguna melalui aplikasi ini.

Aplikasi ini menyediakan maklumat yang diperlukan untuk membuat keputusan yang sah, selamat dan efektif dari segi kos untuk bekerja di luar negara supaya anda dapat mengetahui perkara yang boleh dan tidak boleh diterima agar dapat membuat pilihan yang terbaik untuk peluang kerja yang lebih baik.

Mencari maklumat tentang hak dan tanggungjawab anda di negara tempat anda bekerja termasuk butiran mengenai gaji, waktu bekerja, penginapan dan banyak lagi. Anda juga dapat mengetahui tentang cara menggunakan perbankan tempatan, cara bagi menghantar wang ke negara asal, cari bagi mencari tempat ibadat dan perkara yang perlu dilakukan jika anda mempunyai masalah perubatan atau keluarga yang perlu ditangani. 

Aplikasi ini dibahagikan kepada tiga bahagian:

Fikirkan: Adakah penghijrahan ini merupakan satu pilihan yang tepat untuk saya? Di manakah destinasi yang terbaik untuk saya? Apakah jenis pekerjaan yang tersedia untuk saya?

Mengetahui tentang situasi pekerjaan di pelbagai negara termasuk undang-undang, faedah dan sekatan.

Bersedia untuk berhijrah: Bagaimanakah cara untuk saya mencari pekerjaan? Berapakah kos yang diperlukan untuk saya pergi berhijrah? Apakah yang sepatutnya disediakan dalam kontrak saya? Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan sebelum saya pergi?


Panduan dan nasihat mengenai tempat untuk mencari pekerjaan, perkara yang perlu dilakukan oleh perekrut atau ejen yang baik dan cara mengakses bantuan pada setiap peringkat proses perekrutan anda. Selain itu, semua yang perlu anda sediakan sebelum anda pergi, daripada penyediaan visa hingga pemeriksaan perubatan.

Di destinasi anda:
Bagaimanakah rasanya hidup di negara ini? Bagaimanakah cara untuk melakukan perbankan saya? Apakah cara terbaik untuk mendapatkan data? Bagaimanakah cara untuk saya berjumpa dengan doktor? Apakah hak saya untuk mendapatkan cuti, gaji dan tempat tinggal? 

Panduan tentang negara tersebut serta persepsi tentang kehidupan dan kerja, termasuk cuaca, adat tempatan dan aktiviti masa lapang. Ia juga membantu anda untuk belajar mengenai cara untuk pulang ke negara asal.

Just Good Work direka khas untuk anda mendapatkan pekerjaan yang selamat, menguntungkan dan sah serta mengelakkan diri anda daripada terjebak dengan perangkap penipuan, hutang dan eksploitasi di luar negara. Pekerja migran dari seluruh dunia telah memberikan input mereka tentang kandungan dan reka bentuk platform dari awal. 
Dikemas kini pada
11 Jul 2024

Keselamatan data

Keselamatan bermula dengan memahami cara pembangun mengumpul dan berkongsi data anda. Amalan privasi dan keselamatan data mungkin berbeza-beza berdasarkan penggunaan, rantau dan umur anda. Pembangun memberikan maklumat ini dan mungkin mengemas kini maklumat dari semasa ke semasa.
Tiada data dikongsi dengan pihak ketiga
Ketahui lebih lanjut tentang cara pembangun mengisytiharkan perkongsian
Apl ini mungkin mengumpul jenis data ini
Maklumat peribadi, Mesej dan 3 yang lain
Data tidak disulitkan
Anda boleh meminta data tersebut dipadamkan

Terbaharu

Memperbaiki pepijat kecil