Akses pantas ke akaun caruman LTAT anda, bila-bila masa anda memerlukannya.
Memperkenalkan aplikasi mudah alih MyWIRA untuk akses yang lebih pantas ke akaun caruman LTAT anda bila-bila masa, di mana-mana sahaja.
Ciri-ciri utama merangkumi:
• Penyata Caruman – akses ke maklumat akaun caruman tahun semasa dan satu tahun sebelumnya.
• Pengeluaran – akses status permohonan pengeluaran, sejarah transaksi
pengeluaran, senarai semak dokumen pengeluaran caruman dan maklumat
kontak kecemasan pencarum.
• Unit Amanah – akses ke maklumat akaun unit amanah AHAM Capital Asset Management.
• Kalkulator – menganggarkan jumlah caruman menjelang tarikh persaraan
untuk merancang simpanan persaraan dengan lebih baik.
• Pengumuman – paparan pengumuman terkini dari LTAT.
• Caruman Sukarela (Permohonan Kali Kedua) – membenarkan pencarum
sukarela LTAT membuat permohonan caruman kali kedua.
• Caruman Sukarela (Perubahan Amaun) – membenarkan pencarum sukarela
LTAT membuat perubahan amaun caruman.
• Program Manfaat – akses tawaran dan promosi eksklusif oleh Syarikat
Kumpulan LTAT.
• MyWIRA Chatbot – Chatbot kami, MyRA sentiasa bersedia untuk memberikan
maklumat mengenai pengeluaran caruman LTAT dan akses ke senarai Soalan Lazim.
• Hubungi Kami – dapatkan maklumat lanjut berkenaan alamat, Pusat Panggilan, emel dan waktu operasi kami.
• Laman web LTAT – pautan ke laman web LTAT.
ଗତ ଅପଡେଟର ସମୟ
ଜୁଲାଇ 25, 2024