Aplikasi Doa Akhir, Awal Tahun Hijrah ini dibina menggunakan Bahasa Melayu dan format yang mudah difahami. Ianya ringkas untuk dibawa ke mana sahaja dalam smartphone / telefon pintar ANDA.
Aplikasi ringkas ini sebagai rujukan mudah apabila tibanya Akhir tahun, dan datangnya Awal tahun Hijrah nanti. Ayat-ayat Do'a (doa) Akhir, Awal tahun Hijrah yang ditulis adalah berdasarkan pada beberapa risalah dan buku-buku panduan do’a (doa).
Do’a (doa) Akhir tahun Hijrah dibaca pada hari akhir bulan Dzul Hijjah, menjelang petang, sebelum maghrib. Do’a (doa) Awal tahun Hijrah pula dibaca selepas solat maghrib, pada 1 Muharram. Bacalah Do’a (doa) Akhir dan Awal tahun Hijrah ini sebanyak 3 kali.
Isi kandungan aplikasi Doa Akhir, Awal Tahun Hijrah ini adalah:
✔ Fadhilat Membaca Doa Akhir & Awal Tahun Hijrah
✔ Kaifiat / Kaedah Membaca Doa Akhir & Awal Tahun
✔ Teks Doa Akhir Tahun & Terjemahan Melayu
✔ Teks Doa Awal Tahun & Terjemahan Melayu
Semoga ianya bermanfaat dan membantu untuk ANDA semua.