while True: learn()

3.7
1.04K ulasan
10K+
Muat turun
Rating kandungan
PEGI 3
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin

Perihal permainan ini

while True: learn() ialah permainan teka-teki/simulasi tentang perkara yang lebih membingungkan: pembelajaran mesin, rangkaian neural, data raya & AI. Tetapi paling penting, mengenai memahami kucing anda.

Dalam permainan ini, anda bermain sebagai pengekod yang secara tidak sengaja mengetahui bahawa kucing anda sangat handal dalam pengekodan, tetapi tidak pandai bercakap bahasa manusia. Sekarang pengekod ini (iaitu anda!) mesti belajar semuanya tentang pembelajaran mesin dan menggunakan pengaturcaraan visual untuk membina sistem pengecaman pertuturan kucing-ke-manusia.

Permainan ini sesuai untuk...
- Orang yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pembelajaran mesin dan teknologi yang berkaitan berfungsi
- Ibu bapa dan guru yang mencari cara menyeronokkan dan mudah untuk memperkenalkan pemikiran logik, pengaturcaraan, dan teknologi untuk kanak-kanak
- Pengaturcara yang ingin mempelajari konsep baharu yang boleh digunakan untuk pengekodan mereka sendiri
- Mereka yang ingin bermain permainan dan tidak merasa bersalah 'membuang masa' (walaupun kami percaya anda tak perlu rasa bersalah semasa bermain permainan!)
- Pemain yang suka memastikan otak mereka sibuk dan bekerja dengan cara yang berbeza, tapi masih berseronok
- Pemain yang ingin memperbaiki kemahiran menyelesaikan masalah mereka dan mendapat kepuasan dan pencapaian hasil melakukannya
- Orang yang sukakan kucing pintar

Belajar cara mesin berfungsi dalam kehidupan sebenar

Permainan ini asasnya berdasarkan teknologi pembelajaran mesin sebenar: dari Sistem Pakar dungu hingga ke Rangkaian Neural Berulang yang hebat, mampu meramal masa depan. Jangan bimbang: semuanya dipaparkan sebagai permainan teka-teki. Tiada pengalaman pengekodan diperlukan!

Latih diri anda jadi bestari sains data!

Seret objek di sekeliling skrin anda dengan tetikus! Sambungkan ia dengan baris (wow)! Cuba. Gagal. Optimumkan. Cuba lagi. Kemudian tekan butang ""Lepas"" dan lihat data mengalir lancar melalui skrin anda.

Alami gaya hidup seorang pakar pembelajaran mesin!

Merekabentuk teknologi baharu memerlukan masa, pengalaman dan wang. Ini bermakna anda perlu bekerja sebagai seorang pekerja bebas, dan mengalami semua kegembiraan yang datang bersama-sama dengannya. Terima e-mel! Terima kontrak! Duduk bersendirian di dalam bilik gelap selama beberapa hari tanpa bercakap sepatah pun! Bergiat di forum! Itulah yang dilakukan oleh saintis data sebenar!

Pengekodan jadi semakin nyata!

Pencarian kami berasaskan masalah sebenar, diselesaikan dengan pembelajaran mesin. Ini termasuk membina kereta pandu sendiri (kucing anda jadi pemandunya). Dan jika anda benar-benar mahu menguji keupayaan pengaturcaraan anda, anda boleh menjadi CTO permulaan: di sini kemahiran dan skim anda bersemuka dengan undang-undang pasaran yang ganas! Kaut keuntungan, menunjuk-nunjuk pada bos anda dan jadi pakar teknologi… Atau hilang semuanya dan merangkak kembali ke pintu jabatan HR: tapi ia memang berbaloi mencuba, kan?

Tingkatkan peralatan anda, perbaiki hidup anda!

Sebaik sahaja anda ada aliran tunai yang stabil, anda boleh beli perkakasan mewah untuk meningkatkan prestasi anda. Tetapi ia bukan sekadar itu! Beli telefon pintar baharu atau patung geek! Beli pakaian mewah untuk kucing anda! Bukan itu saja, anda juga boleh membeli pokok lidah buaya!

Fun fact: inilah yang sebenarnya dilakukan oleh pakar pembelajaran mesin. Sekarang, anda boleh menjadi salah seorang dari mereka (tidak termasuk wang)! while True: learn() adalah permainan terbaik tentang menjadi pakar sains data kerana tidak ada orang lain yang cukup aneh untuk mencipta lagi satu permainan jenis ini!
Dikemas kini pada
30 Mac 2023

Keselamatan data

Keselamatan bermula dengan memahami cara pembangun mengumpul dan berkongsi data anda. Amalan privasi dan keselamatan data mungkin berbeza-beza berdasarkan penggunaan, rantau dan umur anda. Pembangun memberikan maklumat ini dan mungkin mengemas kini maklumat dari semasa ke semasa.
Tiada data dikongsi dengan pihak ketiga
Ketahui lebih lanjut tentang cara pembangun mengisytiharkan perkongsian
Tiada data dikumpulkan
Ketahui lebih lanjut tentang cara pembangun mengisytiharkan pengumpulan
Komited untuk mengikuti Dasar Keluarga Play

Penilaian dan ulasan

3.6
957 ulasan

Terbaharu

Penambahbaikan prestasi dan kestabilan.