UTMSmart

Aplikasi ini dibangunkan sebagai sebuah inisiatif sistem pengurusan kampus digital menggunakan Coloured QR Code dan didokong oleh platform pembayaran pelbagai. Ianya disasarkan kepada warga kampus yang terdiri daripada staf dan pelajar UTM. Servis Usmartapp meliputi sistem pengurusan bersepadu universiti, aplikasi warga kampus dan pembekal/peniaga di dalam universiti. Ianya menggabungkan lapan (8) fungsi:

1) UTMSmile
UTMSmile merupakan sistem mencatat kehadiran staf ke majlis-majlis dan program rasmi UTM secara online. Staf tidak perlu beratur untuk diambil kehadiran melalui komputer universiti.

2) Akademik
Fungsi akademik membolehkan pihak universiti memantau kehadiran pelajar ke kelas-kelas. Ianya membolehkan penghasilan data secara automatik dan lebih sistematik.

3) Pembayaran Servis Pusat Kesihatan Universiti (PKU)
Pembayaran servis dan ubat-ubatan di PKU boleh dibuat secara digital menggunakan e-Wallet.

4) Tempahan temujanji PKU
Tempahan temujanji untuk mendapatkan khidmat pegawai perubatan dibuat secara maya menggunakan aplikasi Usmart untuk menjimatkan masa menunggu pengguna di PKU.

5) Pelekat Kenderaan
Pembayaran pelekat kenderaan yang dikenakan dua kali setahun secara maya melalui e-Wallet ataupun airtime menjimatkan masa perjalanan dan menunggu staf dan pelajar di Balai Keselamatan Universiti.

6) Yuran Pengajian
Pembayaran yuran pengajian pelajar secara maya tanpa perlu ke kaunter bendahari dilakukan melalui e-Wallet.

7) Zakat
Pembayaran zakat secara maya tanpa perlu ke kaunter pungutan zakat dilakukan melalui e-Wallet

8) Pembayaran
Fungsi pembayaran merupakan platform pembayaran digital untuk servis-servis lain seperti tempahan gelanggang sukan dan sewaan basikal elektrik.
Read more
2.8
114 total
5
4
3
2
1
Loading...

What's New

Update new icon and fix minor bugs
Read more

Additional Information

Updated
April 15, 2018
Size
9.2M
Installs
10,000+
Current Version
1.1.7
Requires Android
4.0.3 and up
Content Rating
Everyone
Interactive Elements
Digital Purchases
Permissions
Offered By
CICT UTM
©2018 GoogleSite Terms of ServicePrivacyDevelopersArtistsAbout Google|Location: United StatesLanguage: English (United States)
By purchasing this item, you are transacting with Google Payments and agreeing to the Google Payments Terms of Service and Privacy Notice.