Gunakan keupayaan watak anda sepenuhnya dalam Free Fire

Untuk pemula dalam Free Fire, senarai pilihan watak – setiap satu dengan keupayaan tersendiri – mungkin menggerunkan. Akan tetapi, semakin banyak anda membuka kunci watak baharu, anda akan mula menyedari bahawa sesetengah keupayaan berfungsi mengikut corak tertentu. Ikut petua pantas ini dan anda akan dapat memiliki satu (atau lima) item watak yang sangat kuat dengan pantas.

Pratetapan tersuai

Selepas membuka kunci satu-satu watak, anda dapat menggunakan keupayaan watak itu dan menggabungkan keupayaan itu dengan kuasa lain dalam “pratetapan” atau konfigurasi gaya item. Manfaatkan pratetapan ini sepenuhnya dengan menggabungkan kemahiran aktif dan pasif. Kemahiran aktif memberi anda lebih banyak alatan yang boleh digunakan pada pertengahan perlawanan, sementara kemahiran pasif meningkatkan statistik dan memastikan anda dapat bertarung lebih lama. Cuba gabungan yang berbeza untuk menemukan gabungan yang sempurna.

Jadi aktif…

Keupayaan aktif ialah keupayaan yang boleh anda gunakan dengan menekan butang untuk memberikan kelebihan segera dalam medan pertempuran. Sebagai contoh, keupayaan Wukong akan menukar anda menjadi belukar dan membolehkan anda menyamar dengan segera secara berkesan. Jika nyawa anda kurang dan musuh sedang mengejar anda, belok pada mana-mana sudut, gunakan keupayaan Wukong dan tunggu musuh berlalu pergi.

…atau jadi pasif

Keupayaan pasif pula menawarkan kuasa yang bertahan sepanjang pusingan dan tidak perlu diaktifkan. Beberapa keupayaan pasif tertumpu pada statistik tertentu, seperti keupayaan Paloma yang meningkatkan had peluru. Keupayaan pasif lain bergantung pada situasi, seperti keupayaan penandaan musuh Shirou apabila dia mengenakan kerosakan. Fikirkan tentang situasi yang mungkin akan anda hadapi semasa perlawanan dan keupayaan yang mungkin berguna.

Cara main Pasukan berbanding dengan Solo

Akhir sekali, sesetengah keupayaan lebih sesuai untuk mod cara main yang berbeza dalam Free Fire. Jika anda menyertai sesi solo, keupayaan yang tertumpu pada anda perlu dipertimbangkan dahulu – sebagai contoh, keupayaan Alvaro yang meningkatkan jarak letupan dan kerosakan merupakan pilihan lebih baik jika anda tiada rakan sepasukan.
Apabila anda bermain bersama rakan, pertimbangkan keupayaan yang boleh membantu rakan sepasukan anda juga. Sebagai contoh, keupayaan Shirou yang boleh menandai lawan boleh dimanfaatkan oleh seluruh pasukan anda juga kerana rakan anda turut melihat semua pemain yang anda tandai. Olivia pula dicipta khas untuk permainan berkumpulan kerana setiap kali dia memulihkan dirinya sendiri, semua ahli pasukan anda akan turut menerima sedikit nyawa.
Free Fire MAX
Garena International I
Pembelian dalam apl
4.2
22.6J ulasan
100J+
Muat turun
Rating kandungan
Matang 17+