Cari kenalan mengikut pilihan anda dengan Badoo

Badoo ialah cara terbaik untuk bertemu rakan baharu dan pelbagai lagi. Anda mempunyai kebebasan untuk memilih cara anda membina hubungan baharu, sama ada hubungan yang kasual atau serius – semuanya bergantung pada perkara yang anda mahukan.

Mulakan perhubungan dengan kenalan yang berdekatan

Sama ada anda mencari rakan baharu di kawasan setempat anda, mencari kenalan di bandar baharu atau mencari teman setempat semasa dalam perjalanan, tab Berdekatan membolehkan anda berhubung dengan pengguna Badoo yang berdekatan dengan anda. Dalam tab ini, anda boleh menyemak imbas profil melalui pratonton kad mereka dengan orang yang terdekat pada bahagian atas. Setiap pratonton akan memaparkan nama, umur dan anggaran kehampiran mereka dengan anda.
Ketik kad yang anda rasa menarik untuk melihat profil penuh mereka dan hantar reaksi emoji, suka atau frasa pemikat terbaik anda dengan segera – tiada padanan diperlukan untuk menghantar permintaan mesej. Anda juga boleh mengetik ikon Perasaan pada penjuru bawah sebelah kanan skrin anda untuk menetapkan status seperti “Sedia Mengembara” atau “Rasa Teruja”. Status ini dipaparkan sebagai lencana apabila anda dipaparkan pada tab Berdekatan pengguna Badoo yang lain.
Gunakan tab Berdekatan untuk mencari kenalan yang berdekatan
Petua
Kawal orang yang boleh menghantar mesej kepada anda dengan mengetik tab profil anda, kemudian ketik ikon tetapan pada penjuru atas sebelah kanan. Ketik “Peribadikan pengalaman anda” untuk menetapkan parameter anda, sama ada anda hanya mahu melihat orang yang anda suka atau profil yang disahkan.

Padanan berdasarkan orang yang menyukai anda

Tab Suka memudahkan anda berhubung dengan orang yang telah menyukai anda – suka mereka kembali untuk mendapatkan padanan. Anda boleh menatal bar atas untuk melihat pengguna mengikut kategori, seperti Suka baharu, Dalam talian atau Berdekatan anda, untuk memudahkan carian anda. Setiap kad pratonton akan menunjukkan nama dan umur mereka serta sama ada profil mereka disahkan atau tidak.
Petua
Jika tab Suka anda menjadi terlalu sesak, anda boleh membersihkan tab anda dengan mengetik ikon hati di bawah setiap kad untuk mengalihkan kad kepada padanan anda atau mengetik ikon x untuk mengalih keluar kad daripada suapan anda.
Anda akan menemukan kenalan dengan tarikan yang sama dengan mudah apabila anda tahu orang yang menyukai anda

Luaskan pilihan leret anda dengan Pertemuan

Anda lebih suka pengalaman apl dating yang lebih klasik? Beralih kepada tab Pertemuan. Anda boleh meleret ke kiri untuk melangkau profil atau meleret ke kanan untuk menyukai profil. Jika anda mahu mengetahui lebih lanjut tentang seseorang sebelum membuat keputusan, tatal ke bawah untuk melihat seluruh profil mereka bagi melihat minat mereka, memahami perkara yang dicari mereka dan melihat lebih banyak foto mereka.
Anda akan mendapat padanan jika seseorang yang anda suka mempunyai minat yang sama dan mereka menyukai anda juga. Anda boleh menghantar pemula perbualan pantas pada halaman padanan dengan mengetik mesej yang mahu dihantar daripada pilihan pratetapan pada bahagian bawah skrin anda atau buat sendiri ayat perkenalan yang kreatif dalam medan “Tulis mesej”.
Temukan padanan yang berpotensi dengan Pertemuan – anda hanya perlu meleret
Apabila anda mempunyai kebebasan untuk memilih dan mempertimbangkan pilihan anda, anda dapat mencari kenalan mengikut pilihan anda dengan lebih mudah. Pada Badoo, pilihan di tangan anda.
Badoo - Bertemu Teman
Badoo
Mengandungi iklanPembelian dalam apl
4.0
6.64J ulasan
100J+
Muat turun
Rating kandungan
Matang 17+