5 fakta tentang Tetris yang mungkin tidak diketahui

Tetris ialah gergasi yang mengubah sejarah permainan. Tema, blok berbentuk dan cara main Tetris yang menambat perhatian ini menjadikan permainan ini buah mulut jutaan orang di seluruh dunia.
Tatkala menjelang ulang tahun ke-40 permainan klasik itu, nikmati beberapa fakta menarik yang mungkin tidak diketahui tentang Tetris, yang akan membuat anda teruja seperti gerakan T-spin Tetris.
Uji kemahiran bermain Tetris
Tetris®
PLAYSTUDIOS INC
Mengandungi iklanPembelian dalam apl
4.1
375K ulasan
10J+
Muat turun
Rating kandungan
Semua orang
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin

1. Tema ikonik Tetris sebenarnya tiada dalam versi asal

Versi asal Tetris oleh Alexey Pajitov bermula sebagai permainan yang dibangunkan pada masa lapangnya. Dahulu, dia tidak merisaukan soal muzik atau grafik yang canggih, yang bermakna lagu tema tetris yang ikonik tidak pernah ditampilkan dalam permainan asalnya.
Lagu ikonik Tetris mula dikenali apabila permainan ini dilancarkan dalam “A-Type” untuk platform Game Boy keluaran Nintendo. Diilhamkan oleh lagu rakyat dari Rusia, lagu “Korobeiniki” ini digubah pada tahun 1861. Dengan irama yang rancak, lagu ini memikat pendengar untuk menari bersama dan amat sesuai untuk permainan teka-teki yang pantas menggunakan ketikan jari. Tetris juga telah diperkenalkan dalam Game Boy Nintendo pada tahun 1988.

2. “Kesan Tetris” memang wujud

Tetris menjadi begitu popular sehingga berjaya mewujudkan keadaan perubatannya sendiri, iaitu “kesan Tetris”. Jika anda pernah bermain sesuatu permainan terlalu lama sehingga segala yang dipandang seakan-akan permainan tersebut atau mana-mana barang yang ditemukan di atas jalan seolah-olah item penting untuk dikutip, maka anda telah mengalami kesan Tetris.
Keadaan ini diperihalkan sebagai suatu kejadian yang berlaku apabila terlalu banyak masa dihabiskan untuk melakukan apa-apa aktiviti sehinggakan aktiviti tersebut mula mempengaruhi corak pemikiran mereka. Kisah yang popular pada tahun 1994 ini menyatakan bahawa kanak-kanak dan orang dewasa yang bermain Tetris terlalu lama akan terjaga dan masih membayangkan bentuk Tetris yang jatuh dalam kegelapan…
Kesan ini masih berlaku pada hari ini. Oleh itu, jangan bimbang, bukan anda sahaja yang mengesan corak padanan bangunan atau memastikan perabot bilik anda sejajar dengan tepat.
Tetris®
PLAYSTUDIOS INC
Mengandungi iklanPembelian dalam apl
4.1
375K ulasan
10J+
Muat turun
Rating kandungan
Semua orang

3. Nama Tetris dihasilkan daripada minat terhadap… tenis

Minat Pajitov yang tegar terhadap teka-teki dan permainan mengilhaminya untuk mencipta Tetris pada masa lapangnya sebagai pengatur cara komputer. Namun, ciptaannya memerlukan nama dan sebahagian daripada nama itu berasal daripada sesuatu yang tidak dijangka – tenis.
Sebahagian daripada nama “Tetris” diilhamkan oleh permainan teka-teki bernama Pentaminos, yang menggunakan 5 bentuk kiub yang diaturkan pada grid.
Oleh sebab Tetris menggunakan 4 bentuk kiub, Pajitov mengubah “penta” (5) menjadi “tetra” (4). Kemudian, dia menggabungkan minatnya terhadap tenis dengan menambahkan “-is” pada “tetra” untuk mewujudkan istilah “Tetris”, yang melambangkan hasil usaha menerusi minat.

4. Tetris merupakan permainan video yang pertama ke angkasa lepas

Tetris benar-benar membawa permainan mudah alih menjangkau tahap baharu pada tahun 1993 apabila permainan ini menjadi permainan video pertama yang dimainkan di angkasa.
Pencapaian ini adalah atas jasa angkasawan Rusia, Aleksandr A. Serebrov, yang dalam misi terakhirnya merupakan orang pertama untuk bermain permainan video di angkasa lepas. Beliau memilih Tetris pada Game Boy sebagai peneman dalam perjalanannya. Harapnya beliau menyediakan bateri yang mencukupi untuk perjalanan tersebut.

5. Kini Tetris merupakan permainan e-Sukan

Anda mungkin tidak menganggap Tetris sebagai e-Sukan, namun disebabkan oleh Harry Hong, Tetris kini tergolong sebagai permainan yang sangat kompetitif. Pada tahun 2009, Hong menjadi pemain pertama yang “memaksimumkan” permainan ini dengan mencapai markah tinggi sebanyak 999,999 pada NES.
Pencapaian ini meluaskan pertandingan Tetris yang membawa kepada berbilang kejohanan dalam kalangan pakar Tetris.
Perkembangan dunia e-Sukan bagi Tetris dipacu oleh dokumentari dan kemunculan komuniti berbilang pemain yang cekal sehingga memuncak dengan permainan hebat seperti Tetris 99.
Tetris®
PLAYSTUDIOS INC
Mengandungi iklanPembelian dalam apl
4.1
375K ulasan
10J+
Muat turun
Rating kandungan
Semua orang