Wira terunggul Mobile Legends untuk pemain baharu

Dunia Mobile Legends: Bang Bang dihuni ramai wira dan mungkin merupakan pengalaman yang menakutkan bagi pemain baharu untuk memilih wira yang sesuai bagi memulakan pengembaraan. Anda akan menemukan pilihan kami untuk wira pemula terbaik dalam Mobile Legends di bawah.

Layla

Layla ialah Marksman, yang bermaksud dia boleh menimpakan kerosakan dari jarak yang jauh, supaya anda boleh mengelakkan pertempuran jarak dekat. Keupayaannya membolehkan fungsi serangan unik yang mudah dipelajari, dengan Malefic Bomb berfungsi seperti versi hebat serangan biasanya, sementara Void Projectile berfungsi sebagai serangan Area of Effect (AoE) yang pantas dan berkesan yang akan mencederakan berbilang musuh sekali gus dari jarak tertentu.

Vexana

Vexana boleh menjadi pilihan kawalan yang sesuai pada awal pengenalan Mobile Legends anda. Kesan status daripada serangannya melumpuhkan berbilang musuh buat seketika waktu, seperti Deathly Grasp yang memaksa musuh melarikan diri daripada pertempuran. Serangan utamanya, Eternal Guard, menyeru makhluk halus yang sangat besar untuk menyertai pertempuran selama 15 saat dengan menyerang dan mencampakkan musuh ke udara untuk menghentikan pergerakan mereka.

Miya

Pergerakan Miya yang mesra pemain baharu cukup berguna untuk digunakan oleh pemain berpengalaman. Moon Arrow menambahkan anak panah kedua pada serangan asas Miya untuk tempoh masa yang singkat, yang menggandakan kesan kerosakannya, sementara Arrow Of Eclipse memberikan kerosakan AoE yang besar pada kawasan yang dipenuhi musuh.

Balmond

Balmond mahir memburu semua raksasa yang berada di antara lorong, memberikan kuasa kepada dirinya sendiri dan pasukannya dengan setiap korban. Soul Lock merupakan cara yang baik untuk pergerakan kemudahalihan istimewa yang mengangkut watak dengan pantas tetapi dia juga mempunyai bakat lain. Serangan berbilang Cyclone Sweep menjadi pilihan hebat untuk mengurangkan nyawa musuh yang terbesar di hutan.

Dyrroth

Sebagai Fighter, pergerakan Dyrroth dicipta khas untuk serangan dan pertahanan pada bahagian bawah peta. Burst Strike memberi Dyrroth pilihan untuk menyerang dari jarak jauh apabila diperlukan, sementara Spectre Step menolak musuh pertama yang disentuh ke belakang semasa anda meluru ke hadapan. Selain itu, keupayaan pasif Dyrroth, Abyss, meningkatkan kekuatan kedua-dua serangan ini.

Lesley

Pergerakan Lesley menjadikannya sesuai untuk pendekatan yang berasaskan penyelinapan. Master Of Camouflage menjadikan Lesley halimunan selama tiga saat, yang memberinya peluang untuk berada pada kedudukan sebelum melancarkan serangan terakhir. Serangan tersebut biasanya merupakan keupayaan Ultimate Snipe atau Tactical Grenade, yang menyebabkan kerosakan dalam nilai ratusan. Kedua-dua keupayaan itu boleh digabungkan semasa Ultimate Snipe diaktifkan.
Mobile Legends: Bang Bang.US
Skystone Games Pte. Ltd.
Pembelian dalam apl
3.7
8.66K ulasan
100K+
Muat turun
Rating kandungan
Remaja