Sebab Love and Deepspace menjadi buah mulut

Bersantai dengan doktor yang murung di bawah langit berbintang atau berjanji temu dengan artis yang bersemangat di galeri – walau apa pun malam romantik yang anda impikan, Love and Deepspace telah menyediakan segalanya. Permainan otome daripada Infold Games ini telah mencapai 50 juta pemain baru-baru ini lantaran mekanik cara main yang inovatif dan jalan cerita yang mengasyikkan.
Bermain sebagai wanita muda yang mempelajari selok-belok untuk menjadi “Deepspace Hunter”, anda akan menjalani ekspedisi untuk mengalahkan makhluk berbahaya yang dikenali sebagai Wanderers menggunakan kuasa “Evol” elemen anda. Melalui ekspedisi ini, anda akan membentuk ikatan dengan lima jejaka tampan. Seperti yang dijangka, permainan dating yang melibatkan pertempuran raksasa ini penuh dengan kelainan dan liku tetapi kita akan membincangkan perkara tersebut kemudian.
Semarakkan cinta membara
Love and Deepspace
InFold Pte. Ltd.
Pembelian dalam apl
4.5
125K ulasan
5J+
Muat turun
Rating kandungan
Remaja
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin

Bagaimanakah cara bermain Love & Deepspace?

Tidak seperti permainan otome yang lain, Love and Deepspace ialah RPG berlatarkan fiksyen sains. Hal ini bermakna anda perlu mengatasi setiap peringkat untuk meneruskan cerita. Anda akan mengenali Bandar Linkon dengan lebih lanjut serta misteri yang menyelubungi masa lalu anda dan Deepspace Tunnel seiring dengan kemajuan anda. Sebahagian penceritaan ini disampaikan melalui babak selingan yang menarik serta cara main novel visual, di samping pertempuran masa nyata yang mengujakan.
Permainan ini mengimbangi aksi pantas dengan detik santai bersama watak cinta pilihan (atau beberapa watak cinta, bergantung pada gaya permainan anda) sementara kepelbagaian kandungan sampingan memastikan sentiasa ada sesuatu yang boleh anda terokai. Kandungan sampingan tersebut termasuk jalan cerita yang bercabang untuk teman, yang membolehkan anda menyelami kisah mereka dengan lebih mendalam.
Pada asasnya, permainan ini juga permainan gacha. Tidak perlu menarik jejaka untuk berbual, sebaliknya “buat hajat” untuk mendapatkan “Kenangan” – kad yang memberikan peningkatan dan kelebihan dalam pertempuran. Setiap Kenangan memiliki kedudukan dan sesetengah Kenangan memberi anda akses kepada janji temu. Kenangan boleh wujud sebagai Kenangan 4 bintang yang memberikan pengalaman ASMR yang mengasyikkan – manakala kad 5 bintang boleh memberi anda video animasi pendek tentang interaksi watak anda dengan watak cintanya.
Terdapat pelbagai jenis janji temu dan cerita yang boleh dibuka kunci daripada Kenangan, masing-masing dengan tahap kedalaman dan penglibatan pemain yang berbeza-beza. Anda boleh “membuat Hajat” beberapa kali jika anda mahu membuka kunci Kenangan 5 bintang yang kaya dengan cerita dan perkembangan hubungan. Namun, jika anda berpuas hati dengan pengalaman lain, anda tidak perlu berbuat demikian.
Cerita yang boleh dibuka kunci termasuk, tetapi tidak terhad kepada:
  • Waktu Peribadi: pengalaman audio intim yang menampilkan gabungan ASMR dan dialog. Dibuka kunci dengan peningkatan tahap Keintiman anda dengan jejaka.
  • Detik Penuh Kasih: cerita yang membina dinamik dengan teman anda dan memerlukan anda membaca bersama-sama. Dibuka kunci dengan memperoleh Kenangan.
  • Janji temu ikatan: cerita interaktif yang membolehkan pilihan anda (dialog dan tindakan) mengubah perjalanan cerita kepada pelbagai pengakhiran. Anda boleh mengulang permainan ini dan membuat pilihan yang berbeza untuk melihat semua kandungan. Dibuka kunci dengan peningkatan tahap Keintiman anda dengan jejaka.
  • Memoria: janji temu animasi penuh yang mengasyikkan dengan jalan cerita yang mantap, dibuka kunci dengan memperoleh Kenangan 5 bintang. Hebatnya jika dapat memiliki janji temu ini!
Baca seterusnya di bawah untuk mengetahui Mitos, bahagian yang paling rumit dalam permainan ini.

Apakah itu Mitos?

Masih ingat kelainan yang disebutkan tadi? Sekarang, mari lihat hubungan antara kelainan dengan Kenangan. Mitos serupa dengan janji temu Memoria tetapi Mitos juga istimewa kerana memiliki hubungan yang kompleks dengan protagonis.
Pertama, watak anda mempunyai “Aether Core” dalam hatinya. Hal ini membolehkan dirinya wujud dalam berbilang versi merentas masa dan ruang. Teman yang anda temui juga pernah bertemu dengan pelbagai versi diri anda tetapi sayangnya, anda tidak mengingati mereka. Masih mengikuti perbincangan kami?
Walaupun kedengaran agak mengelirukan, Love and Deepspace dapat menyelitkan nuansa ini dalam cerita dengan lancar dan Mitos membolehkan anda mengetahui kisah kehidupan protagonis sebelum ini dan hubungannya dengan teman. Anda akan sering mendengar watak cinta bertanya sama ada protagonis ingat detik penting ini atau tidak, yang menggambarkan kerinduan terhadap hubungan mereka yang telah lama hilang.

Apakah keistimewaan permainan ini?

Permainan otome bukan sesuatu yang baharu. Namun, Love and Deepspace membina formula kejayaan mereka melalui berbilang watak cinta dan kisah romantik, dengan menambahkan mekanik pertempuran yang mendalam serta jalan cerita yang menarik. Kelainan dan liku dalam cerita utama memberikan kedalaman emosi yang mengejutkan, yang membuatkan anda terus terpesona dengan dunia tersebut.
Salah satu sebab utama kejayaan permainan ini ialah barisan teman yang tersedia. Sudah pasti ada seseorang yang sesuai untuk setiap orang. Mahu mengalahkan pertahanan raja ais? Pilih Zayne. Mahukan pengalaman lelaki nakal yang klasik? Ada sebabnya kandungan Sylus menular pada media sosial. Setiap teman memiliki sesuatu yang unik dan sisi tersembunyi di sebalik penampilan mereka yang menarik.

Apakah lagi yang boleh saya jangkakan?

Kepelbagaian kandungan yang ditawarkan amat mengagumkan. Selain jalan cerita utama dan bab sampingan, aktiviti tambahan bersama teman menghidupkan lagi permainan. Anda boleh berhubung dengan mereka melalui mesej teks dan panggilan, bermain permainan mini bersama, bergambar di pondok foto dan banyak lagi. Tindakan-ini meningkatkan tahap Perkaitan mereka dan membuka kunci ciri seperti Gaya dan Interaksi.