Petua bermain di arena Alpine dalam Free Fire

Free Fire menawarkan pelbagai peta untuk diterokai, setiap peta tersebut mengandungi tetapan dan motif yang berbeza. Alpine mempamerkan kawasan lereng gunung bersalji di dunia Free Fire.
Anda akan mempelajari segala-galanya yang perlu anda tahu tentang Alpine – daripada susun atur dan saiz keseluruhan peta kepada tempat terbaik untuk melakukan pendaratan – sama ada anda mahu bermula dengan perlahan atau terus beraksi. Terdapat banyak perkara untuk diterokai di Alpine dan panduan ini akan membantu anda memahami peta ini.

Perihal Alpine

Alpine merupakan peta 8x8 km yang besar dengan banyak kawasan untuk diterokai dan diambil rampasan. Peta ini dibahagikan kepada 3 daratan secara kasar. Bahagian barat daya peta, dengan lokasi seperti Blue Ville, Ocean View dan Forest Red, dipisahkan daripada daratan besar oleh sungai, yang membahagikan peta dalam bentuk separuh bulatan.
Satu lagi lokasi terkenal, Vantage, terletak di bahagian tenggara dan merupakan bahagian kecil seperti pulau pada peta yang terpisah sepenuhnya dari tanah besar di tepi lautan. Pendaratan di sini berisiko kerana anda mungkin kehilangan laluan melarikan diri semasa menghadapi serangan musuh tetapi rampasan di sini kadangkala berbaloi diharungi.

Tempat tumpuan Alpine

Setiap peta dalam Free Fire mengandungi lokasi yang menarik ramai pemain pada permulaan perlawanan disebabkan oleh penempatan strategik tempat tersebut atau jumlah dan kualiti rampasan yang tersedia. Ketiga-tiga kawasan dalam peta Alpine ini dipenuhi rampasan dan musuh dari awal perlawanan. Jika anda mendarat di sini, bersedia untuk bertarung.
  • Militia - Militia ialah tempat pendaratan yang popular dalam setiap perlawanan Alpine yang akan anda mainkan disebabkan oleh kuantiti dan kualiti rampasan di tempat ini. Tempat ini tidak menyediakan banyak tempat tinggi, maka tempat ini bukan kawasan yang baik untuk penembak tepat tetapi anda boleh merancang serangan hendap yang baik terhadap musuh anda.
  • Snowfall - Snowfall terletak di penjuru barat peta. Walaupun tidak terletak di bahagian tengah seperti Militia, tempat ini menempatkan banyak rumah yang penuh dengan rampasan. Anda perlu mendarat di sini jika anda mahu merebut banyak rampasan tetapi tidak mahu keadaan menjadi sibuk seperti yang berlaku di Militia. Tempat ini merupakan zon pendaratan kedua terbesar pada peta. Dengan litupan salji, tempat ini sesuai untuk aksi tembak-menembak jarak sederhana dan dekat.
  • Forest Red - Tempat ini terletak di barat daya Militia dan merupakan antara lokasi di tengah-tengah peta. Ramai pemain suka mendarat di sini dan mendapatkan senjata sebelum menuju ke zon tumpuan. Jika anda mendarat di sini dan tidak mahu bertempur dengan serta-merta, sembunyikan diri dan biarkan gelombang pertama pemain pergi sebelum bertindak.

Lokasi pendaratan yang tidak menonjol

Jika anda suka lebih menyukai suasana tenang dan membina rampasan yang secukupnya, Alpine menghidangkan beberapa pilihan hebat untuk anda juga. Tempat ini bukan di laluan utama dan tidak banyak bangunan untuk berlindung, yang menjadikan tempat ini jarang dikunjungi oleh pemain. Hal ini juga bermaksud anda bebas mengumpulkan rampasan dan meneroka tanpa perlu bimbang tentang musuh!
  • Ocean View - Tempat yang dinamakan Ocean View sepatutnya tenang dan nyaman, dan versi Alpine ini tidak terkecuali. Ocean View yang terletak di bahagian barat dan jauh dari zon tumpuan peta akan memberi anda banyak pilihan rampasan untuk dikumpulkan sebelum anda beraksi bagi memenangi sorakan Booyah.
  • Blue Ville - Blue Ville terletak di pinggir barat daya peta dan seperti Ocean View, menempatkan banyak bangunan untuk diterokai di luar kawasan yang popular.
  • Rye - Rye berada di tengah-tengah tiga tempat pendaratan popular: dengan Basecamp di utara, Stadium di selatan dan Vantage di timur. Memandangkan kebanyakan pemain tertarik dengan tiga tempat tersebut, Rye berkemungkinan akan dipinggirkan untuk anda terokai.

Strategi Alpine yang terbaik

Untuk memenangi perlawanan di Alpine, anda memerlukan kesabaran, walaupun semasa mendarat di kawasan yang sibuk. Peta ini besar dan dipenuhi bangunan serta rampasan. Anda perlu meluangkan sedikit masa untuk mencari senjata di mana-mana lokasi pilihan anda.
Di situ, anda perlu berhati-hati dengan kedua-dua kawasan yang dipisahkan oleh air – seperti Vantage dan kawasan pergunungan. Anda pasti akan berasa malu jika anda menyertai perlawanan hanya untuk disingkirkan kerana tersangkut di dasar bukit.
Free Fire x NARUTO SHIPPUDEN
Garena International I
Pembelian dalam apl
4.2
125J ulasan
1B+
Muat turun
Rating kandungan
Matang 17+