Perihal permainan pertempuran dalam Roblox

Roblox menawarkan pelbagai permainan yang mengolah idea biasa menjadi sebuah pengalaman luar biasa. Pendekatan Roblox terhadap permainan pertempuran selalunya lebih luas daripada pertarungan gaya Street Fighter dengan penatalan sisi yang mendominasi genre itu pada konsol dan PC. Terdapat pertempuran jarak dekat, permainan lawan pedang, simulator tinju dan pelbagai lagi. Anda perlu mengetahui maklumat yang berikut tentang pertempuran dalam Roblox.

Bertarung dengan pemain lain

Dalam Roblox, istilah "permainan pertempuran" merujuk kepada permainan yang menyaksikan pertarungan antara sekurang-kurangnya dua pemain, biasanya watak berlawan dengan tangan kosong atau senjata jarak dekat. Pengalaman ini biasanya menampilkan arena 3D atau medan yang besar agar anda boleh bertarung dengan ramai pemain lain sekali gus atau bertarung satu lawan satu.

Melangkah ke medan perang

Satu daripada jenis permainan pertempuran yang lebih popular pada Roblox ialah "medan perang". Jenis medan perang ini mengandungi beraneka versi tetapi cenderung mengambil ilham daripada genre medan pertempuran. Biasanya, anda akan memasuki arena yang luas bersama ramai pemain lain yang bertarung untuk diri mereka sendiri. Memandangkan Roblox dimainkan dengan paparan orang ketiga dan terdapat begitu ramai pemain, medan perang ialah cara terbaik untuk mengalami kehangatan pertarungan yang huru-hara.

Senjata, tinju, adiwira dan pelbagai lagi

Bagi jenis medan perang dan pertempuran satu lawan satu, terdapat pelbagai tema untuk permainan pertempuran. Tinju ialah subgenre utama permainan pertempuran pada Roblox. Subgenre ini menumpukan strategi dan peramalan tingkah lawan anda dalam pertempuran satu lawan satu. Jika anda lebih suka bertarung dengan senjata seperti pedang, Roblox menawarkan banyak permainan yang mensimulasikan pertempuran bersenjata, pergerakan adiwira atau keupayaan ninja.

Temukan permainan pertempuran kegemaran anda

Memandangkan terdapat pelbagai jenis permainan pertempuran dalam Roblox, memang sukar untuk menemukan permainan yang anda inginkan. Pencarian lebih mudah jika anda mengkhususkan jenis pengalaman yang anda cari. Dengan menggunakan bar carian Roblox, anda boleh menggunakan istilah "pertempuran" dan "permainan pertempuran" untuk menemukan pelbagai pengalaman.
"Medan perang" akan membantu anda menemukan beberapa pertempuran berbilang pemain terbesar, manakala istilah seperti "tinju" dan "lawan pedang" akan memberikan pengalaman yang lebih khusus. Genre permainan pertempuran adalah luas. Oleh itu, luangkan masa untuk menerokai dan menemukan permainan yang menarik minat anda.

Permainan pertempuran popular

Semasa memilih permainan pertempuran, perhatikan rating dan bilangan pemain untuk menemukan permainan yang terbaik. Sebagai permulaan, terdapat beberapa permainan pertempuran hebat dengan tema berbeza yang patut anda cuba. The Strongest Battlegrounds menyajikan gerak tempur yang luar biasa seperti kuasa adiwira dan keupayaan ninja. Anda juga boleh menghidupkan fantasi adiwira dengan Super Power Fighting Simulator.
Jika anda gemar berlawan menggunakan senjata, cubalah ZO Samurai Sword Fighting yang penuh dengan senjata yang diilhamkan oleh zaman feudal di Jepun atau Weapon Fighting Simulator yang menawarkan pelbagai pilihan senjata untuk digunakan dalam pertarungan. Boxing Beta! amat bagus jika anda mahu terbang seperti rama-rama dan menyengat seperti lebah, manakala Saber Simulator memberi anda peluang untuk menghunus pedang laser bagaikan berada di alam galaksi.
Roblox
Roblox Corporation
Pembelian dalam apl
4.4
45.2J ulasan
1B+
Muat turun
Rating kandungan
Remaja