Cara mendapatkan lebih banyak watak dalam Honkai: Star Rail

Watak baharu yang berkuasa ialah kunci untuk menguatkan pasukan pejuang anda dalam Honkai: Star Rail. Untuk mendapatkan watak itu, anda perlu menggunakan sistem “Warp” dalam permainan yang melibatkan pertukaran mata wang khas dengan watak dan item baharu serta peluang mendapatkan versi lima bintang yang diidamkan. Perkara yang berikut perlu anda ketahui untuk menguatkan pasukan anda.

Teruskan pengembaraan

Untuk membuka kunci akses kepada sistem Warp dan mendapatkan watak baharu, anda perlu meneruskan jalan cerita awal Honkai: Star Rail. Teruskan bermain sehingga sistem Warp diperkenalkan selepas anda mencapai misi Trailblaze bernama "A Moment of Peace".

Ketahui perbezaan jenis Warp

Terdapat beberapa jenis Warp yang dibahagikan kepada dua kategori, iaitu Stellar Warp yang sentiasa tersedia dan Event Warp jangka pendek. Setiap Warp menawarkan ganjaran tersendiri. Sebagai contoh, Departure Warp yang tersedia untuk pemain baharu merangkumi watak dan Light Cone daripada misi Trailblazer awal untuk membantu anda bermula.

Memahami sistem Warp

Untuk membeli Warp, anda memerlukan Pas Star Rail dan setiap tiket memberikan satu "pull" dalam sistem gacha. Anda dijamin akan mendapat ganjaran tetapi peluang memperoleh ganjaran terbaik seperti watak lima bintang adalah rendah jika hanya melakukan satu pull.
Honkai: Star Rail mengandungi beberapa mekanik yang memastikan anda mendapat ganjaran tertentu selepas sejumlah pull agar anda tidak sentiasa bernasib malang. Namun begitu, hasil tetap bergantung pada peluang dan mungkin tidak menentu. Pilihan terbaik adalah dengan menggunakan Pas pada acara masa terhad atau memfokuskan ganjaran yang paling anda inginkan untuk mengelakkan pembaziran peluang.

Pemerolehan Pas Star Rail

Warp dalam Honkai: Star Rail memerlukan pengendalian pelbagai jenis mata wang. Stellar Warp memerlukan Pas Star Rail, manakala acara masa terhad memerlukan Pas Istimewa Star Rail. Pastikan anda menggunakan mata wang yang betul bagi setiap Warp. Anda boleh mendapatkan Rail Pass melalui misi tertentu semasa bermain atau dengan menyelesaikan acara mingguan Simulated Universe.
Cara terpantas untuk mendapatkan Pas Star Rail adalah dengan membeli pas daripada kedai dalam permainan menggunakan Stellar Jade, iaitu mata wang yang diperoleh sepanjang permainan. Anda juga boleh membeli lebih banyak Pas Rail menggunakan Undying Starlight dan Undying Embers, iaitu mata wang yang diperoleh setiap kali anda melakukan pull Warp tanpa mengira ganjaran yang diterima.

Pemerolehan Stellar Jade

Stellar Jade paling banyak diperoleh melalui misi Latihan Harian, maka pastikan anda menyelesaikan misi pada setiap hari.
Sesetengah misi juga menawarkan Stellar Jade. Oleh itu, perhatikan ganjaran apabila anda menyelesaikan misi cerita atau misi sampingan. Anda juga boleh memperoleh Stellar Jade melalui pencapaian, ganjaran kenaikan tahap, sesetengah peti harta karun serta mod permainan dan acara dalam permainan lain. Pastikan anda tidak terlepas peluang.
Honkai: Star Rail
COGNOSPHERE PTE. LTD.
Pembelian dalam apl
3.4
485K ulasan
10J+
Muat turun
Rating kandungan
Remaja