Semua maklumat yang perlu anda ketahui tentang Meg dalam Brawl Stars

Sesetengah Brawler memiliki strategi yang mudah: meluru masuk, menyerang dan pulang dengan kemenangan. Sesetengah yang lain memerlukan nuansa yang lebih banyak disebabkan oleh kerumitan tambahan dan Meg pastinya berada dalam kategori ini.
Kami akan menerangkan semua perkara yang perlu anda ketahui tentang Meg, dengan memberikan tumpuan pada Mechanya serta perbezaan cara main watak ini dengan dan tanpa Mecha. Apabila anda bersiap sedia dengan Meg, pasukan lain perlu bersedia atau anda akan memperoleh kemenangan mudah dengan robotnya yang besar.

Siapakah Meg?

Meg lebih gemar "bekerja di sebalik tabir" semasa "Max dan Surge keluar beraksi". Senjata serangan utamanya ialah Mecha, sebuah robot besar berkaki dua yang menyahut seruannya untuk beraksi apabila dia mengaktifkan gerakan Kuasa Supernya. Mecha dilengkapi serangan unik tersendiri yang jauh lebih kuat daripada penembak tunggalnya dan gabungan ini membentuk pasukan yang hebat di medan pertempuran.

Serangan Meg

Seperti yang telah dinyatakan, cara Meg beraksi dengan dan tanpa Mecha berbeza. Dalam setiap perubahan, dia mendapat serangan yang berasingan dengan tahap keberkesanan yang berbeza-beza. Tanpa Mecha, serangan utama Meg, Target Acquired, memberikan satu letusan daripada penembaknya yang mampu memberikan kerosakan yang cukup besar dengan jangkauan yang agak jauh. Kuasa Supernya, Mega Machina, menyeru Mecha yang bersaiz besar untuk bertempur dan dengan itu mengubah keseluruhan rancangan permainannya.
Dengan Mecha, keupayaan utama Meg, Crowd Control, menghantar letusan peluru yang mampu menyebabkan kerosakan besar pada lawan yang tertangkap. Selain itu, Mecha watak ini juga dilengkapi Kuasa Super tersendiri yang menggerunkan, Feel The Steel, iaitu serangan ayunan lengan yang boleh menumpaskan banyak Brawler lawan hanya dengan satu serangan.

Pilihan binaan Meg

Pilihan Alat Meg tertumpu pada sokongan yang boleh diberikan kepada sekutunya di medan pertempuran, sama ada untuk Mecha sendiri atau rakan sepasukannya. Jolting Volts menyembuhkan Mecha, memulihkan 2450 nyawa dalam masa lima saat. Terdapat juga Toolbox yang menjatuhkan kotak alat kecil di atas tanah, meningkatkan kelajuan isian semula bagi mana-mana sekutu yang berdekatan selagi kotak tersebut berada di medan pertempuran.
Sementara itu, Kuasa Bintangnya memberikan perlindungan tambahan jika Mecha dimusnahkan semasa perlawanan. Force Field memberi Meg perisai selama 10 saat apabila dia kehilangan Mecha, yang boleh digunakan untuk melarikan diri daripada pertempuran. Heavy Metal membuat Mecha meletup apabila dimusnahkan, menyebabkan kerosakan besar kepada semua Brawler musuh serta menolak mereka menjauhi Meg.

Strategi terbaik Meg

Seperti yang disebut dalam biografinya, tanpa Mecha, Meg ialah watak yang terbaik di barisan belakang, memberikan perlindungan dan sokongan untuk rakan sepasukannya. Namun, sebaik sahaja robotnya yang rakus diseru, dia akan memulakan serangan.
Keupayaan Meg menjadikannya pilihan utama dalam hampir setiap mod. Akan tetapi anda tidak disyorkan untuk menggunakan Meg dalam acara solo. Dia akan menjadi lemah tanpa Mecha dan dalam pertarungan solo, anda pasti akan menghadapi serangan hendap. Gunakan watak ini dalam acara atau mod berasaskan pasukan seperti Bola Brawl dan anda pasti akan dapat beraksi cemerlang.
Brawl Stars
Supercell
Pembelian dalam apl
4.2
25.2J ulasan
100J+
Muat turun
Rating kandungan
Semua orang 10+