Nikmati ganjaran epik dalam acara ALLSTAR

Mobile Legends: Bang Bang menganjurkan pesta ALLSTAR tahunan mereka yang penuh aksi dan pada tahun ini muzik yang menggetarkan bakal memeriahkan acara ini. Beraksi mengikut irama dengan Sparkle, kumpulan idola maya yang baharu, sambil berseronok dalam perayaan ini dengan ganjaran yang hebat dan tawaran yang istimewa.
Bertarung mengikut rentak
Mobile Legends: Bang Bang
Moonton
Pembelian dalam apl
4.1
35.3J ulasan
500J+
Muat turun
Rating kandungan
Remaja
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin

Kekulit dan wira baharu

Tingkatkan kuasa pasukan anda dengan Chip, wira kebal/sokongan yang boleh menghasilkan portal di seluruh peta dan membawa sekutu dan musuh bersamanya. Bakat licik rubah yang diubah secara genetik ini mungkin merupakan penambahan yang hebat dalam senarai wira anda. Semasa acara ALLSTAR, anda juga akan berpeluang untuk mendapatkan kekulit Sparkle untuk Estes dan Fredrinn. Anda tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan kekulit tersebut – kekulit itu dijual dengan diskaun 30% untuk masa terhad.

Ganjaran yang menarik

Lengkapkan misi semasa acara berlangsung untuk mengumpulkan Promo Diamond dan token acara, yang boleh digunakan untuk membuka kunci hadiah yang hebat seperti Epic Sparkle yang terhad - album Melissa, kekulit atau emote medan pertempuran. Kedai ALLSTAR juga akan menawarkan grafiti bertemakan acara, bingkai avatar, hadiah, wira dan pelbagai lagi, oleh itu pastikan anda memanfaatkan penjimatan hingga 50% semasa ALLSTAR Mega Sale.
Tarikh untuk dinantikan:
  • 25 Mac–9 April – ALLSTAR Festival untuk anda mengumpulkan Promo Diamond untuk ditukarkan kepada item eksklusif di kedai
  • 4–6 April – Log masuk untuk menuntut bonus emote ALLSTAR anda
  • 9–16 April – ALLSTAR Mega Sale dengan diskaun hingga 50% untuk semua item kedai
  • 6–30 April – Acara cabutan bertuah ALLSTAR untuk anda mendapatkan kekulit Epic Infernal Wyrmlord untuk Moscov dan meningkatkan pertukaran bagi kekulit Special dan Elite
  • 30 April – Hari terakhir acara ALLSTAR dan peluang terakhir anda untuk menukar token acara untuk mendapatkan ganjaran dan kekulit terhad

Lebih banyak keseronokan ALLSTAR

Sepanjang bulan April, tambahkan melodi pada permainan berbilang pemain anda dengan mod arked Musical Battle. Kumpulkan not muzik yang muncul di arena. Pasukan yang mengumpulkan not paling banyak pada penghujung hitung detik menang. Anda juga boleh mencuba Euphora, peta bertemakan ALLSTAR dengan estetik pesta, menara dan dinding berwarna neon serta bunyi pembesar suara yang lantang untuk bertarung mengikut rentak.
Mobile Legends: Bang Bang
Moonton
Pembelian dalam apl
4.1
35.3J ulasan
500J+
Muat turun
Rating kandungan
Remaja