Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal

2019 • 100 minit
Item ini tidak tersedia

Perihal filem ini

Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal ialah sebuah filem animasi pengembaraan Malaysia yang mula ditayangkan pada 2019. Filem ini mengisahkan pengembaraan Upin dan Ipin bersama rakan-rakan ke sebuah kerajaan dongeng bernama Inderaloka. Semasa pengembaraan ini mereka akan berjumpa dengan pelbagai watak dongeng seperti Bawang Merah Bawang Putih, Mat Jenin, dan Pak Belalang.
Ini merupakan filem ketiga dari siri animasi Upin & Ipin selepas Geng: Pengembaraan Bermula dan Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng!. Versi asal bahasa Melayu ditayangkan pada 21 Mac 2019 secara serentak di Malaysia, Singapura dan Brunei.