Koi Mil Gaya

2003 • 166 minit
Item ini tidak tersedia

Perihal filem ini

Koi... Mil Gaya ialah filem cereka sains Hindi India 2003 arahan Rakesh Roshan. Ini merupakan siri pertama dalam francais Krrish. Filem ini dibintangi oleh Hrithik Roshan dan Preity Zinta dalam peranan utama dengan Rekha menjayakan peranan penting. Pada mulanya, Aishwarya Rai ditawarkan peranan Nisha. Selepas beliau menolak, peranannya diberikan kepada Zinta. Filem ini dikeluarkan pada 8 Ogos 2003. Ia telah difilemkan di Kasauli, Nanital, Bhimtal dan di Kanada.
Koi... Mil Gaya menerima Anugerah Filem Kebangsaan untuk Filem Terbaik mengenai Isu Sosial Lain, dan telah ditayangkan di Festival Filem Jerusalem dan Festival NatFilm di Denmark. Filem ini mendapat Filem Terbaik, Pengarah Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik untuk anugerah dalam semua upacara penghargaan utama tahun 2003 termasuk Anugerah Filmfare, Anugerah IIFA, Anugerah Skrin, dan sebagainya. Ia menghasilkan dua filem susulan - Krrish dan Krrish 3 - menjadikannya trilogi pertama Krrish. Ia juga menghasilkan siri animasi aksi yang berjudul J Bole Toh Jadoo yang disiarkan di Nickelodeon India.