Shame

2011 • 99 minit
NC-17
Rating
Item ini tidak tersedia

Perihal filem ini

Shame merupakan filem drama British tahun 2011 yang diarah Steve McQueen dan dibintangi oleh Michael Fassbender serta Carey Mulligan sebagai adik-beradik. Ia diterbitkan bersama oleh Film4 dan See-Saw Films. Adengan-adengan eksplisit dalam filem ini yang menunjukkan perlakuan ketagihan seksual telah menyebabkan filem ini diberi penarafan NC-17 di Amerika Syarikat.
Shame telah ditayangkan buat pertama kalinya di Festival Filem Venice ke-68 dan Fassbender telah memenangi Piala Volpi untuk Pelakon Lelaki Terbaik untuk lakonannya dalam filem ini. Filem ini turut ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Toronto ke-36, Festival Filem New York ke-49, Festival Filem London BFI ke-55 dan Festival Filem Denver ke-34.
Shame telah ditayangkan di United Kingdom pada 13 Januari 2012, selepas ditayangkan secara terhad di Amerika Syarikat pada 2 Disember 2011. Fox Searchlight Pictures telah membayar sekitar $400,000 untuk mendapatkan hak pengedaran Shame di Amerika Syarikat.
Rating
NC-17