The Malay Chronicles: Bloodlines

2011 • 105 minit
R
Rating
Item ini tidak tersedia

Perihal filem ini

The Malay Chronicles: Bloodlines ialah sebuah filem epik sejarah Malaysia 2011 yang diterbitkan oleh KRU Studios dan diarahkan oleh Yusry Abdul Halim. Filem ini dibintangi oleh Stephen Rahman Hughes, Rahim Razali, Khir Rahman, Ummi Nazeera, Umie Aida, Jing Lusi dan Gavin Stenhouse. Filem ini merupakan adaptasi dari prosa Hikayat Merong Mahawangsa yang meriwayatkan sejarah terawal kerajaan Kedah.
Filem ini merupakan filem tempatan kedua termahal dalam sejarah perfileman sewaktu dikeluarkan, di belakang Puteri Gunung Ledang dengan kos perbelanjaan sebanyak RM 8 juta. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 10 Mac 2011.Filem ini telah mengungguli Festival Filem Malaysia ke-24 dengan 8 kemenangan daripada 13 pencalonan. Filem ini juga merupakan filem dengan kutipan tertinggi antara pemenang Filem Terbaik FFM iaitu sebanyak RM 6.5 juta.
Rating
R