Harry Potter kembali ke Hogwarts untuk tahun kelima dan berdepan cabaran yang paling sukar. Seluruh musim panas berlalu sejak pertembungan Harry dengan Raja Kuasa Jahat. Harry kini kembali ke dunia ahli sihir yang menafikan kepulangan Voldemort. Kementerian Sihir percaya bahawa Pengetua Dumbledore berbohong dan ada guru baru untuk subjek Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam. Kini, masyarakat ahli sihir dalam bahaya dan masa depan dunia sihir bergantung kepada Harry Potter dan Kumpulan Phoenix. Apabila profesor baru, Dolores Umbridge (Imelda Staunton - Nanny McPhee, Vera Drake), guru dari Kementerian membuat para ahli-ahli sihir muda tidak bersedia untuk melindungi diri daripada kuasa jahat yang mengancam mereka dan seluruh masyarakat ahli sihir, Hermione (Emma Watson) dan Ron (Rupert Grint) menggesa Harry (Daniel Radcliffe) supaya bertindak.